Thursday, November 10, 2011

Kerutuk Daging dan Dalca Sayur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pagi khamis ni? umi harap semuanya alhamdulillah sihat... kesihatan umi pun bertambah baik...haa, nampak kan gambar apa kat atas tu? tu la gambar kerutuk daging dan dalca sayur yang umi janjikan malam tadi...ala yang umi makan dengan nasi arab tu..dah lupa? kalau dah lupa, meh KLIK SINI...macam mana? dah ingat kan....

Umi pun sejak dua menjak ni banyak sangat lupa..dah tua sangat dah agaknya kan...maklum la usia makin meningkat...usia yang tinggal pun makin singkat...melalut dah umi di pagi2 hari ni...tah apa2 la umi ni kan...

sebelum umi berkongsi resepi yang umi janjikan tu, kalau ada yang berminat nak join GA KaK Nannie, salah satu blogger masakan yang sangat rajin tu...boleh la join KLIK SINI...mana la tau, rezeki nak menang kan? Dah klik dan join? Kalau dah, moh la tengok resepi kerutuk daging dan dalca sayur...

Jom Cuba : Kerutuk Daging Chef Hanieliza

Apa yang diperlukan?

  • 1 kg daging
  • 4 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 4 sudu makan rempah kerutuk
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam gelugur
  • 5 sudu makan kerisik - umi tambah
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • Bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan Kisar
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Jom Cuba!

  1. Daging dipotong nipis. Basuh dan toskan.
  2. Bancuh bahan kisar dengan rempah kerutuk.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bancuhan tadi. Kacau sehingga naik minyak dan wangi.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.
  5. Masukkan santan, asam gelugur, gula. garam dan kerisik. Masak dengan api perlahan.
  6. Biarkan masak sehingga pekat dan naik minyak. Tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

sekarang resepi dalca sayur pulak.....

Jom cuba : Dalca Sayur

Apa yang diperlukan?

  • 1/2 cawan kacang dal (direbus hingga lembut)
  • 4 cawan santan atau 1/2 biji kelapa
  • 3 sudu makan rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan Sayur (dipotong kecil)
  • 3 biji ubi kentang
  • 5 batang kacang panjang
  • 3 biji keledek- umi tambah
  • 1 biji lobak merah
  • 4 biji cili hijau
  • 2 biji mangga muda - umi tak letak
  • 2 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji terung bulat

Bahan tumis
  • 4 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari. kacau hingga wangi. Tambahkan air secukupnya.
  3. Masukkan santan, kacang dal, garam dan sayur-sayuran.
  4. Masak sehingga semua sayuran lembut.
  5. Sedia dihidangkan.

2 comments:

ady said...

as-salam siti
wahhh..npk menyelerakan kerutuk daging tu siti..sedap cicah dengan roti..

umi's cup cake said...

waalaikumsalam abang ady,
memang bila nasi arab dah abis, siti sekeluarga makan dengan roti..lebih2 lagi siti buat roti bawang putih..sedap

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive