Tuesday, November 1, 2011

Kek Manis Baba Nyonya : Langkah Demi Langkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali pertama umi masak ala baba nyonya...umi ikut majalah Rasa keluaran Februari 2010 iaitu Sajian Cina & Baba Nyonya Halal...terlalu banyak yang umi nak cuba tapi kek manis ni paling mudah dan cepat kalau nak dihidang untuk minum petang..penyediaan hanya makan masa 15 minit je..inti boleh dipelbagaikan macam inti kacang merah...rasa kulit kek manis ni ala2 karipap tapi nipis dan ranggup...tak rugi kalau cuba, cuma adunan ni dapat sedikit...untuk keluarga yang ramai, boleh la gandakan adunannya..lain kali umi nak cuba inti kacang merah pula..mesti sedap...jom tengok resepinya...

Jom Cuba : Kek Manis Baba Nyonya

Apa yang diperlukan?

Bahan untuk kulit:
  • 200 gram tepung gandum
  • 20 gram mentega - dicairkan
  • Air suam secukupnya


Bahan Inti : Inti boleh dipelbagaikan....
  • 40 gram gula merah
  • 20 gram kismis
  • 20 gram kacang tanah - yang digoreng dan ditumbuk
  • 1 sudu makan perisa ros

Jom Cuba!
1. Mula2 kita buat inti, masukkan gula merah, kismis, kacang tanah dan perisa ros ke dalam mangkuk. Gaul rata sehingga sebati.Dah siap pun inti.

2. Untuk doh pula, masukkan mentega dan tepung gandum dalam sebuah bekas.

3. Selepas itu, masukkan air suam sedikit demi sedikit dan diuli sehingga menjadi doh.

4. Canai doh tadi menjadi bentuk bulat.
5.Sudukan inti dan lipat kulit tadi.
6. Masukkan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng kek manis sehingga kekuningan.

7.Lakukan sehingga adunan habis.
8.Angkat dan sedia dihidangkan.

Related Posts:

  • Lempeng Kelapa, Ku Geram!!!! Assalamualaikum dan selamat pagi Dah sarapan? Sarapan apa ya?..umi sarapan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis...cuma GERAM sebab lempeng kelapa umi tak 'montok' macam lempeng Mat Ge… Read More
  • Puding Mangga Zila4ever Assalamualaikum dan selamat pagi Pejam celik, pejam celik..dah hari khamis kan? epat betul masa berlalu..tak terkejar rasanya...bagi cikgu2 mesti seronok dapat hadiah dari murid2 kan semalam...seronok bila diraikan..teru… Read More
  • MAYONNAISE PANCAKE Assalamualaikum dan selamat petang Jom minum petang...tapi makan pankek je ya...kelakarkan umi ni...orang lain makan penkek masa sarapan..umi buat minum petang plak ya...layan je la...umi amik resepi ni macam b… Read More
  • Popiah Goreng KejuAssalamualaikum dan selamat pagiDah sarapan? Sarapan apa ya pagi ni? Umi sarapan popiah goreng keju...mungkin ramai yang dah buat...umi puas hati sangat dengan rasa popiah ni cuma tak puas hati dengan rupanya...tak seindah ra… Read More
  • Bingka Keledek Ungu Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu...hari ni merupakan hari perkhidmatan terakhir salah seorang sahabat umi di pejabat ini...beliau akan berpencen setelah lebih 2… Read More

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive