Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila cakap pasal halba...mungkin umi mesti terbayang salah satu rempah ratus untuk menambah penghasilan susu setelah bersalin selain di gunakan sebagai salah satu perawatan perempuan selepas bersalin bagi memanaskan badan dan ramuan rempah mandian terutamanya untuk mewangikan bau badan. Selain itu ia juga dijadikan tangas untuk mengecutkan rahim. tapi umi kurang pasti asal usul halba ni....sumber dari wikipedia menyatakan
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (Øلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.
Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.[2]Hari ni umi nak kongsikan satu resepi dari buku Panduan Langkah Demi Langkah Cita Rasa Malaysia - Terengganu iaitu Nasi Halba...resepi yang ringkas dan yang penting, sedap dari Chef Hafiza, terbitan Perpustakaan Negara Malaysia...aroma dari halba membangkitkan selera...lebih2 lagi bila makan dengan gulai ikan aya atau ikan tongkol
Jom Cuba : Nasi Halba Terengganu
Apa yang diperlukan?
- 2 tin beras (tin susu saiz sederhana)
- 2 tin air
- 1 sudu teh halba (direndam)
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris panjang)
- 1 tin susu cair
- 2 helai daun pandan
- 1 batang serai (diketuk)
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 10 biji badam
Jom Cuba!
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau, angkat dan ketepikan.
- Masukkan beras, air, bahan hirisan, halba, susu cair, daun pandan, serai, bahan tumis dan garam ke dalam periuk nasi.
- Masak sehingga nasi masak, kacau rata.
- Sedia dihidangkan.
4 comments:
zzzzz2018.8.14
ray ban sunglasses
polo ralph lauren outlet
dsquared2
michael kors handbags
nike factory outlet
nike shoes
jordan shoes
ralph lauren outlet
coach outlet online
ugg boots
nike sneakers for men
timberland boots
michael kors handbags
supreme clothing
nike air max
cheap jordan shoes
michael kors handbags
moncler jacket
louboutin outlet
vans outlet
replica bags korea 7a replica bags meaning replica bags sydney
replica bags wholesale mumbai replica bags philippines greenhills replica bags korea
Post a Comment