Tuesday, October 18, 2011

Nasi Halba Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila cakap pasal halba...mungkin umi mesti terbayang salah satu rempah ratus untuk menambah penghasilan susu setelah bersalin selain di gunakan sebagai salah satu perawatan perempuan selepas bersalin bagi memanaskan badan dan ramuan rempah mandian terutamanya untuk mewangikan bau badan. Selain itu ia juga dijadikan tangas untuk mengecutkan rahim. tapi umi kurang pasti asal usul halba ni....sumber dari wikipedia menyatakan

Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.[2]

Hari ni umi nak kongsikan satu resepi dari buku Panduan Langkah Demi Langkah Cita Rasa Malaysia - Terengganu iaitu Nasi Halba...resepi yang ringkas dan yang penting, sedap dari Chef Hafiza, terbitan Perpustakaan Negara Malaysia...aroma dari halba membangkitkan selera...lebih2 lagi bila makan dengan gulai ikan aya atau ikan tongkol



Jom Cuba : Nasi Halba Terengganu

Apa yang diperlukan?

  • 2 tin beras (tin susu saiz sederhana)
  • 2 tin air
  • 1 sudu teh halba (direndam)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris panjang)
  • 1 tin susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 biji badam

Jom Cuba!

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan beras, air, bahan hirisan, halba, susu cair, daun pandan, serai, bahan tumis dan garam ke dalam periuk nasi.
  3. Masak sehingga nasi masak, kacau rata.
  4. Sedia dihidangkan.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive