Thursday, October 6, 2011

Mee Sup Tulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kejap je dah hari khamis kan? Sebagai seorang islam, memang amalan kita untuk membaca surah yasin pada hari khamis, malam jumaat tapi ramai diantara kita yang kurang jelas akan fadilat surah yasin termasuk la umi sendiri...umi ada terbaca di blog zikir dan umi kongsikan di sini....


Surah Yasin - Pengertian Setiap Ayat


Ø Ayat 1-9 - Untuk keselamatan diri.

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.

Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasul s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13-35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22-23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan-Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...

Caranya : Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam & lain lain.

Ø Ayat 33-35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati-aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Nuh a.s. menaiki kapal. Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45-48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

Tiupan kedua - Hancur

Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.


Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ø Ayat 78-79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)-Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.

Ø Ayat 82 - Untuk Hajat-Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari-boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x] Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.


Semoga kita semua dapat manfaat dengan mengetahui fadilat yasin...hari ni umi nak kongsikan mee sup tulang yang umi buat...umi olah dari resepi kak sepupu umi iaitu mee sup ayam kelantan...alhamdulillah, suami umi dan anak suka...lebih2 lagi makan masa suam2 dan sup tu suami umi suka hirup..nikmat yang Allah berikan...apa lagi? ambil la kertas dan salin resepi mudah ni...





Jom Cuba : Mee Sup Tulang

Apa yang diperlukan?

  • 500 gram mee kuning
  • 2 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih (kalau gandakan resepi, lebihkan bawang putih dari bawang merah)
  • 10 biji lada hitam (nak pedas, boleh lebihkan)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 400gram tulang yang telah dipotong kecil
  • air secukupnya
  • lobak merah, sawi dan kubis secukupnya (agak2 kalau suka lebih, boleh tambah)
  • garam dan gula secukup rasa

Jom Cuba!

  1. Rebus tulang dengan air secukupnya sehingga empuk atau lembut.
  2. Asingkan tulang dan jangan buang air rebusan tulang.
  3. Celur mee kuning dan toskan.
  4. Tumbuk hingga lumat, bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
  5. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  6. Masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
  7. Kemudian masukkan tulang dan kacau hingga sebati.
  8. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
  9. Bila air sudah mendidih, masukkan lobak merah dna kubis. Bila sayur telah lembut, masukkan pula sayur sawi.
  10. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  11. Ketika hendak dihidang, masukkan mee kuning dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas mee dan boleh juga ditabur bawang goreng. Siap untuk dimakan.

4 comments:

aamalinaazman said...

=]
suke utk due2 sharing ni =]

umi's cup cake said...

terima kasih aimie amalina..panjang2 kan la..apa yang umi share..untuk kita bersama...

Mas said...

ni kak mas dah datang...
nakk mee sup tulang tu..he3

umi's cup cake said...

ok kak mas, ambil la, umi amik mee hoon sup tulang kak mas ya..sedapnya kak mas masak...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive