Wednesday, November 13, 2013

Homemade Seri Kaya Karamel

Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua sahabat umi? dah makan tengahari?  Umi baru selesai makan.. Alhamdulillah rezeki... bagi yang baru nak makan, selamat menjamu selera...Dah fikir pasai minum petang.. ish..ish..ish... terukkan umi ni..baru je abis makan tengahari, dah pikir minum petang kan...
itu la sifat ibu kan semua... sentiasa merancang pemakanan anak2 dan suami... sebab tak nak kelam kabut.. ada makanan perlukan penyediannya awal tapi ada juga yang mudah disediakan selain cepat siap... hari ini umi nak kongsikan minum petang yang suami umi tempah untuk jemaah surau baru2 ini...Home made kaya... macam tak percaya kan?... tapi roti tu umi beli la...hihi...apa pun terima kasih En. Mat Gebu atas pengkongsian resepi yang superb ini..

Resepi : Homemade Seri Kaya Karamel

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
180 g gula pasir (resipi asal 240g)
2 helai daun pandan
60 g gula pasir*
125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air panas, kacau rata dan matikan api. Biar suam.
  2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan kacau rata2.
  3. Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan. Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya tadi. Jangan lupa keluarkan daun pandan....
ini plak gambar kek buah yang umi buatkan juga untuk minum petang...

4 comments:

Bbwana adienia said...

bestnya dapat buat homemade kaya sendiri kan..

umi's cup cake said...

Memang best bbwana..dapat banyak dan boleh pelbagaikan resepi..untuk inti roti, pau dan roti jala

zila norazila said...

Klu org buat kaya tu bermkna org tu mmg rajin..umi mmg rajin btl..mmg berbaloi buat sndiri kn.

umi's cup cake said...

umi bukan rajin sangat zila cuma bila suami mintak tu..cuba la tunaikan...jaga perut dia kan..hihi

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive