Monday, January 7, 2013

LEOPARD CAKE / CHEETAH CAKE

Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua? Dah makan tengahari? Makan apa ya? Dah kenyang ke belum? APA????? Ada yang tak makan lagi? Kesiannya... nanti makan tau..takut perut masuk angin pulak...makan la sikit2 tapi kerap ya..kalau diet pun, makan la oat kruch pun OK....hehe
Hari ini umi makan lebihan kek cheetah yang umi buat masa adik bongsu suami dan akak ipar sekeluarga datang semalam...Alhamdulillah, suami umi sukakan kek ini sebab tak manis sangat dan sesuai dengan selera.. lebih gembira bila adik makan berulang...seronok tengok orang lain makan...
Tekstur kek ini lebih kepada kek marble tapi corak cheetah dan umi ubah sikit dari coklat gelap kepada coklat putih dan tambah warna oren...pandai2 je kan? Jangan marah ye kak Azlita...
Ha..nampak tak kek oren menyala ini masa belum potong lagi....hehe..suka warna yang terang2...konon2 menarik sangat la tu kan..hehe..
Apa pun, suami kata boleh buat lagi sebab dia suka makan kek macam ni...tak heavy sangat dan deko? umi kena improve lagi..maklum la tangan keras...

Leopard Cake/ Cheetah Cake
Oleh : Azlita Aziz

240 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
200 gm gula caster
100 ml susu segar atau susu cair
3 biji telur
250 gm tepung gandum
16 gm baking powder
1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh pes oren
sedikit pewarna oren

Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc
Sapu loyang dengan sedikit butter dan lapikkan dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C

Satukan tepung dan baking powder , kemudian di ayak
dalam bekas mixer, satukan mentega dan gula caster
Pukul hingga adunan lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik.
Semasa masukkan sebijik telur masukkan juga 1 sudu besar tepung
Masukkan esen vanilla

Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul dengan kaedah kaup balik
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung
Gaul hingga sebati

Ambil anggaran satu cawan adunan dan letakkan pes oren dan pewarna oren ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggarn 2 cawan adunan letakkan serbuk koko dan coklat emulco ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggaran 1 cawan warna plain ~ tiada warna,  masukkan dalam piping bag


Ambil anggaran 2 sudu besar adunan tak bewarna, ratakan dalam loyang ~ gambar 1
Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan tak bewarna tadi.
Buat lingkaran bulatan ~ kecil hingga besar
Lingkaran ni terpulang lah nak buat berapa lingkar. Boleh buat 5 , 4 atau 3
Lingkaran ni boleh buat 2 line ~ maknanya 1 lingkaran tu kita paipkan 2 kali.

Kemudian kita paipkan pula warna oren, betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
Lingkaran warna oren ni pun buat dalan 2 lingkaran setiap satu bulatan tu, supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.

Kemudian kita ambil warna coklat sekali lagi dan kita paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya. Berhati-hati.

Kemudian kita ambil pula warna plain atau yang tak bewarna tadi, yang kita dah masukkan dalam piping bag, kita paipkan di celah-celah lingkaran tadi ~ rata-rata

Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi, tutup keseluruhan permukaan adunan
Jangan kacau kuat-kuat tau.. perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran di bawah tidak terusik atau terlanggar.

Kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit

Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.
 Bila kek dah masak, biarkan 10 minit dan kemudian telangkupkan atas redai dan sejukkan.

Sekarang kita sediakan Ganache Coklat dan Krim Coklat. untuk resepi ni ita masih lagi setia dengan resepi daripada Chef Amer





GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

Mula-mula kita sediakan Ganache Coklat dulu.
Resepi ganache coklat ni banyak ye! kalau nak buat corak macam yang ita buat tu.. buat 1/2 daripada adunan ini sahaja dah mencukupi.
Tapi kalau nak tuang atau curah ganache pada keseluruhan kek boleh buat 1 adunan.

Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu
30 gm sirap glukos
500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya

Bahan Krim Coklat
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml krim putar bukan tenusu ~ ita guna Rich ( Non Dairy Whipping Cream)

Putar whipping cream hingga kembang
Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata

Bila dah siap bahan-bahan ni, bolehlah kita mulakan proses melapis.
Proses melapis ni terpulang lah mengikut cara masing-masing. Macam yang ita buat ni ita gunakan 3 keping kek. Seperti yang ita nyatakan di atas tadi ita buat 1 1/2 adunan kek.

Kek yang telah sejuk tadi, ita buangkan lapisan atasnya yang agak keras
Kemudian ita letakkan kek tadi atas lapik kek
Macam biasa ita akan basahkan atau pancitkan sedikit jus lemon ( jus lemon + sedikit air) di atas permukaan kek supaya kek lembab dan serbuk kek tidak menganggu proses kita melempa kek kita nanti.
Ita masukkan Krim Coklat dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Kemudian letak lapisan yang seterusnya dan buatklah kaedah yang sama seperti lapisan yang pertama tadi
Bila dah siap setiap lapisan
Salutkan keseluruhan kek dengan Krim dan simpan kek dalam peti ais

Selepas tu bolehlah nak deco kek ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

2 comments:

zila norazila said...

salam syg ummi,
slamat thun baru yer..alahai zila klu kek nie mmg x tau la nk buat bila..sbb skrg nie masa mcm pack..tp respct kt ummi rajin tue kan..cantik lagi..meh kasi zila rasa sepotong yer..:)

umi's cup cake said...

Salam Zila Sayang,
Selamat Tahun Baru..Umi tak la rajin mana zila..tp umi tak boleh lawan gambar2 zila..cantik2 sgt..amik la sepotong...2 pun boleh...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive