Images

Tom Yam Air Kelapa

Assalamualaikum dan selamat pagi
Tom yam memang sinonim dengan tekak umi sekeluarga dan kali ini adalah pertama kali umi campurkan air kelapa... dah lama mengidam style tom yam kelapa ni tapi baru kini tercapai hehe...rasa manis dari air kelapa mengimbangi rasa masam tom yam dan ini adalah kombinasi yang terbaik... tapi bagi yang nak tahu asal usul tom yam ni, umi ada ambil dari wikipedia iaitu 

Tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sop yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Lao termasuk secubit nasi di dalam sop, sementara versi biasa Lao yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek. Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan udang (tom yum goong atau tom yum kung), ayam (tom yum kai), ikan (tom yum pa di sebahagian Laod dan tom yum pla di Thailand), atau campuran makanan laut (tom yum thale atau tom yum po taek) dan cendawan - biasanya straw mushrooms atau cendawan tiram. Sop itu sendiri sering ditabur dengan sejumlah besar daun hirisan segar cilantro (coriander leaves). Kadang-kala lada giling Thailand (nam phrik phao, Bahasa Thai: น้ำพริกเผา) ditambah: ini memberikan warna sop kuning bata terang dan menjadikan rasa cili lebih ketara.

Variasi baru tom yam adalah tom yum nam khon (Bahasa Thai: ต้มยำน้ำข้น), di mana sedikit susu atau santan dicampurkan kepada kuah sebagai sentuhan akhir, dan kemudian diimbang dengan cili kering panggang. Adaptasi ini tidak patut dikelirukan dengan tom kha gai ("sop halia ayam"), di mana galanga merupakan perisa utama bagi sop berasaskan santan. Tom yum nam khon hampir sentiasa dibuat menggunakan udang, sementara ayam seringkali digunakan dalam tom kha. Sepupunya yang kurang dikenali di luar Thailand adalah - tom khlong.
Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan herba dan digoreng dalam minyak. Bahang perisa dan pengawet ditambah kemudiannya. Pes itu kemudian di botolkan atau dibungkus dan dijual keseluruh dunia. Perisa Tom yam dengan pes mungkin memiliki ciri-ciri berbeza dengan yang dihasilkan dengan menggunakan bahan herba segar.

Kali ini umi hanya menggunakan tom yam paste dan cuma tambahkan air kelapa..kiranya umi's style la ya...jom tengok apa yang perlu...


Jom Cuba : Tom Yam Air Kelapa
 
Apa yang diperlukan?
  • 10 ekor udang
  • 1 cwn stok ayam
  • 3 kepingan hirisan  lengkuas muda
  • 2 keping daun limau purut
  • 1 batang serai ~ di titik
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
  • 2 peket Tom Yum Kung Adabi 
  • 1 biji kelapa pandan (ambil air bersama isi kelapa) ~ lebihkan kalau suka
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 4 biji tomato ceri
  • 6 biji cili padi
  • 10 cendawan tiram segar
  • 1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang
  • 1/2 cawan lobak merah ~ hiris bulat
  • 1 sb daun sup  ~ dicincang
  • 1 sb daun bawang ~ dicincang
  • 2 batang celery
Jom Cuba!
  1. Panaskan stok ayam dan air kelapa di dalam kuali.
  2. Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
  3. Kemudian masukkan bawang merah, paste tom yum dan jus limau nipis.
  4. Masukkan pula putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
  5. Masukkan tomato, cili padi & cendawan tiram. Masukkan udang.
  6. Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun sup, celery & daun bawang.
  7. Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

9 comments:

Liza said...

perggghhh, best ni umi..peberet akk...kalau tambah air kelapa mst lg uummmppph kan...

memang kak liza..tambah air kelapa tu lebih uuummmmmpppph

Fuat Gencal said...

Ellerinize sağlık, çok güzel ve iştah açıcı görünüyor.

Saygılar...

izahdaut said...

wii slalu makan kalau gi thai rest jek, kalau buat tu, air kelapa teguk dulu.. hehe memang tak sempat nak bikin tomyam gini :-)

tu la izah...ini pun kuatkan hati supaya jangan abiskan air tu dulu..hehe

salam siti.Apa kabar?Lama k.atie xsinggah kat sini.Maaf ya
Wah!ada kelainan dlm kuah tomyam...xpernah k.atie dgr org isi air kelapa.Pasti lg sedapkan.
Mana nk cari air kelapa ni......

Salam kak azatie,
x pa kak siti faham akak sibuk kan..siti pun dah banyak kali tengok kat tv, baru la dapat rasa kak azatie...

x pernah cuba lg nie umi..air kelapa pntg jumpa h eh ee mesti nk minum dulu..nanti2 zila nk cuba jgk la:)

Anonymous said...

Lots of helpful information. I have bookmarked your site.
Welcome to my website [url=http://www.about-dogs.zoomshare.com/]www.about-dogs.zoomshare.com[/url].

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers