Wednesday, May 11, 2011

Konyaku Jelly Peach

Assalamualaikum & selamat petang

Seperti yang umi janjikan..umi nak kongsi resepi mudah iaitu Konyaku Jelly Peach...resepi umi campur2 je tapi keluarga umi suka, suami pun minta buat lagi..memandangkan sekarang cuaca agak kering...tambah pulak baru keluar dari peti ais..nyaman rasa tekak...ok jom tengok resepi mudah ni..

Jom Cuba: Konyaku Jelly Peach

Apa yang diperlukan?

  • 10 gram konyaku jelly serbuk
  • 250 gram gula halus
  • 950 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 3 sudu kecil perasa oren
  • Buah peach dalam tin secukupnya


Jom Cuba!

  1. Dalam bekas kecil, campurkan serbuk konyaku jelly dan gula halus hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan air. Biar sehingga didih.
  3. Setelah air didih, masukkan campuran jelly dan gula sedikit demi sedikit supaya tidak berketul.
  4. Setelah sebati, masukkan pewrna kuning dan perasa oren. Kacau rata. Tutup api.
  5. Masukkan buah peach yang telah dipotong dadu di dalam acuan yang telah dibasahkan dahulu.
  6. Tuang aduanan konyaku jelly, biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, boleh dimasukkan di dalam peti ais.


Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive