Monday, October 22, 2012

Milky Peach Pudding

Assalamualaikum dan selamat pagi
Diam tak diam, hujung minggu ini kita akan menyambut aidil adha... Bagi yang sedang menunaikan rukun Islam ke 5, semoga mendapat Haji yang mabrur... bagi yang berkorban ternakan pula, dah beri nama kepada yang sepatutnya? Kena cepat, sebelum terlambat....
ok la, hari ini umi nak tunjuk resepi puding yang sangat sedap dan nyaman di tekak bila makan... hasil intaian di blog kak Siti Delima iaitu Milky Peach Pudding...lebih terangkat bila makan dalam suasana hangat bila hampir nak hujan...sedikit bahang dan disejukkan dengan pudding yang memikat ini..umi gunakan buah pic dalam tin sahaja...sebab umi tak ada jumpa yang asli, dan umi dapat tau ia di tanam di negeri China seperti kata Wikipedia iaitu Pic (bahasa Inggeris:Peach), nama saintifiknya Prunus persica ialah pokok buah dalam order Prunus berasal dari China. Pic ialah pokok daun luruh yang membesar sehingga 4–10 m (13–33 ka) tinggi, tergolong dalam subfamili Prunoideae dalam famili Rosaceae.
Terima kasih kak Siti Delima atas perkongsian ini, izinkan umi panjang2 kan resepi ini...

Jom Cuba : Milky Peach Pudding

Apa yang diperlukan?
1 peket agar-agar serbuk (13g)
500 ml air
500 ml susu cair
200 ml gula (1 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 sudu kecil tepung jagung - bansuh dengan sedikit air
Buah pic dalam tin
Sedikit pewarna kuning 

Jom Cuba!
  1. Masukkan air, serbuk agar2 dan gula di dalam periuk besar dan biar sehingga mendidih.
  2. Tuang susu cair, esen vanilla dan biar mendidih sekali lagi.
  3. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati. Biar mendidih. Tutup api.
  4. Di dalam acuan, susun buah pic dan tuangkan agar2 tadi.
  5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais untuk membeku.

10 comments:

ady said...

as-salam siti
sedap di mkn sejuk2 pudding..

umi's cup cake said...

waalaikumsalam abg ady,
memang buat untuk sejukkan tekak..

zila norazila said...

cantinya puding..kena mkn sejuk2 baru best nie siti:)

umi's cup cake said...

Salam Zila,
Memang pun kena makan sejuk2 zila sebab selalunya kalau waktu hampir hujan..bahang sangat...

CT Delima said...

As'salam Umi

kak ct dah hulur piring ni, nak bawak balik puding tu hehehe, sedapnya lama betul tak buatnya :D

Gee® said...

yummy! boleh lah buat puding ni raya haji nanti...

umi's cup cake said...

Waalaikumslaam kak Ct,
meh pring tu...sedap kan puding ni...senang plak tu...nanti nak buat lagi

umi's cup cake said...

Salam Gee,
Buat la, insyaAllah memang berbaloi...

5689 said...

zzzzz2018.8.14
pandora
uggs outlet
ugg boots clearance
jordans
moncler online outlet
pandora jewelry
jordan shoes
nike soldes
nike blazer pas cher
coach outlet online

yanmaneee said...

lebron 16
lebron 15 shoes
jordan shoes
nike max
nike air max 2017
nike huarache
moncler coat
yeezy boost 350 v2
fila sneakers
yeezy boost 350

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive