Assalamualaikum dan selamat petang
Lambat umi bersiaran hari ni..ada mesyuarat yang umi kena hadir, umi kena la jalankan tugas yang diamanahkan....dah makan tengahari? apa menu istimewa hari ni? simple je? walaupun simple, ia tetap istimewa sebab ia memenuhi selera kita...
Bagi yang kerja, bila dah kenyang...jangan la mata tu layu sangat...hari ni tinggal beberapa jam je lagi bekerja...biasanya bila hari Jumaat ni bagi yang bekerja mat singkat...sat je rasa, dah pukul 5 petang....
Bagi surirumah pun sama kan? je la selalu tu boleh atur kerja satu persatu dan ada masa senggag sikit...baru je nak rehat selepas sedia makan tengahari, dah nak pikir minum petang pulak kan? cerita pasal minum petang, apa kata buat puding triffle yang simple ni...mudah sangat, umi buat dalam 20 minit je...ikut cara kak ummi kuantan
Rasa puding ni, nyaman sangat masuk ke tekak umi..tapi minta maaf ya sebab gambar tak memuaskan sebab belum sempat umi nak ambil gambar..buka peti, puding dah disambar oleh suami umi...cepat2 umi ambil gambar takut tak sempat...satu bekas umi dah beri pada adik ipar umi untuk dibawa balik...sedap dan senang triffle ni..lain kali umi nak buat lagi..terima kasih kak ummi diatas resepi yang sedap ni...resepi kat bawah....
Jom Cuba : Puding Triffle
Apa yang diperlukan?
Lapisan bawah:
1 buku swiss roll cake - potong 1 cm
- Aturkan swiss roll cake dalam bekas kaca.
Lapisan Tengah:
125 gm tepung kastad
250 gm gula
500 ml air
125 susu cair
1/2 sudu kecil garam
- Bancuh sebati adunan dan masak atas api perlahan. Kacau selalu dan bila agak pekat, tutup api dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan kastad.
Lapisan Atas:
3/4 tin buah koktel (ummi guna Hosen) - tuang ke atas kastad, rata.
10 gm serbuk agar-agar
125 ml air
2 sudu besar gula
Pewarna hijau/merah
- Masak serbuk agar-agar hingga larut, masukkan gula dan pewarna. Tuang ke atas buah-buahan tadi. Sejukkan. (Ummi jez guna krystal jelly Nona perisa strawberry, masak ikut arahan pada kotak. Siap tuangkan aje atas buah-buahan..hehe..senang kan, sedap pun sedap.) - umi ikut cara kak ummi kuantan
(* Bila hendak makan puding ini, scop kan saja ke dalam bekas).
0 comments:
Post a Comment