Monday, December 15, 2014

Mee Jawa..oh..Mee Jawa

Assalamualaikum dan selamat pagi
Sekejap je dah pertengahan bulan Disember.. cepat betul masa berlalu.. Ya Allah semoga manfaat umurku ini... sarapan apa pagi ini? umi macam orang mengidam plak..terbayang mee jawa kak yati...minggu lepas... tapi nak post.. asyik tergendala je.. jadi hari ni..gagahkan juga untuk update...

siapa yang tak kenal kak yati yang pandai buat kuih2 tradisional dan masakan sedap2.. seorang ibu yang rajin dan manis ornagnya... ish..tak payah la cerita panjang ye.. meh kita semak semula resepi kak yati bagi yang nak mencuba..nampak macam banyak tapi sebenarnya amat mudah dan ringkas.. kita nak makan sedapkan?


Resepi : Mee Jawa Sedap
Oleh :- Kak Yati Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan ekornya dan celur sekejap je..)
  • 2 tangkai daun bawang/ daun sup (dihiris)
  • 4 tangkai cili merah/hijau (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:  

  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar halus)
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 batang serai * (bhn bertanda * di kisar halus)
  • Sedikit halia *
  • sedikit lengkuas *
  • 100 gm udang kering
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • air secukupnya ikut kepekatan yg di kehendaki
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang di kisar, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek kisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn mee yg telah di celur dan bahan yg dihiris.
  5. Tuangkan kuah ke atas mee dan selamat menjamu selera.

6 comments:

Rosdi Eunos said...

Yer, setuju dengan umi, sebenarnya penyediaan mee ni ringkas jer. Cuma bahan jer nampak banyak

Shima Hasan said...

Memang suka dengan mee jawa ni. nanti boleh try resepi ni pulak.
Klu rajin jom singgah blog saya.
http://chenta-shima.blogspot.com/

zila norazila said...

salam umi
zila x pernah lg buat mee jawa..klu teringin nak makan beli jew..sebb malas pun ye jgk..h ehee..aah kan sekejap jew dh nak ujung tahun..bdak dah nak sek ..sebuk la lps ni..

umi's cup cake said...

betul tu Rosdi..hasilnya pun sedap...

umi's cup cake said...

nanti cuba lah shima, in sha Allah nanti umi singgah blog shima...

umi's cup cake said...

salam zila..zila kan rajin ..tup2 ada je entry mee jawa cun

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive