Monday, December 2, 2013

Pulut Tanak dan ikan masin

Assalamualaikum dan selamat pagi
Minggu baru dalam bulan Disember dan bulan terakhir Tahun 2013 ini... sekarang ni tengah macam2 musim kan...musim tengkujuh, musim durian, musim rambutan, musim kenduri perkahwinan dan juga musim berkhatan sempena musim cuti sekolah...banyak betul musim di Malaysia ni..hihi
bila musim tengkujuh ni..umi memang cepat lapar (alasan je kan)... pagi2 dah makan berat... untuk sarapan hari ini umi teringin makan pulut dengan ikan masin... terangkat... lama dah tak makan sarapan macam ni..masa di ofis lama dulu ada kakak satu opis yang rajin bawa sarapan macam ni... sekarang ni dah pindah, tak dapat la nak merasa...rindu pada kenangan...
umi rasa ramai yang dah tau macam mana nak masak pulut ini sama ada tanak atau kukus.. terpulang pada citarasa masing2... tapi bagi yang nak tau... boleh ikut cara umi ni ya...

Resepi ; Pulut Tanak
Oleh: Umi's Cup Cake

Bahannya:-
  • 2 pot pulut - direndam dan dibersihkan
  • 3/4 cawan air + santan (campur air ke dalam santan sehingga menjadi 3/4 cawan)
  • garam secukup rasa

Caranya:-
  1. Toskan pulut.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
  3. Kacau sekali sekala sehingga masak.
  4. Tutup api. Sedia untuk dimakan.

8 comments:

ady said...

salam siti
sedap ke siti mkn pulut dgn ikan masim...tapi npk berselera aje...

inazamri said...

aduhhhhh sedapnya.dah la ujan pagi ni.kalau la dpt pulut n ikan masin ni.lepas mkn maunya layu je mata

umi's cup cake said...

Salam Abd Ady,
Sedap abg ady..nak lagi best makan dengan kelapa parut...

umi's cup cake said...

ina, memang tengah menahan mata la ni..hihi

Liza said...

salam umi...akk pun dah lama xmakan pulut ikan kering ni...perghhh mmg mengancam time2 hujan ni...hihii

umi's cup cake said...

Salam kak liza,
mmg best kan...rasa nostalgik plak..

zila norazila said...

Ummi zila jrg msk pulut..tp tgk mkn dgn ikn msin slera btul kn

umi's cup cake said...

memang selera zila.. umi memang suka masakan kampung ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers