Friday, December 7, 2012

Cucur Bawang Kentang

Assalamualaikum dan selamat petang
Alhamdulillah...hujan sedang mencurah-curah sekarang ini diluar jendela...lebih nikmat sebab sedang menikmati minum petang iaitu Cucur Bawang Kentang yang suam2 digandingkan dengan secawan teh o panas..nikmat yang Allah berikan...kunyah punya kunyah sambil berjalan jari dari satu blog ke satu blog, tak sedar cucur hampir habis...
Resepi cucur bawang kentang yang mudah ini, umi ambil dari Kak Hjh Ummi kuantan.. dah banyak kali buat tapi ada banyak versi derhaka dan yang taat... apa pun keaslian resepi masih dikekalkan..cuma kadang2 bahan mengikut apa yang ada di dapur kecil umi ni...umi kali pertama belajar buat cucur bawang kentang ini dari sahabat baik umi masa sekolah dulu..dalam 15 tahun lepas..indah sungguh kenangan tu....
kini, kami dah mandirikan rumah tangga dan masing2 ada sepasang cahaya mata..alhamdulillah..nak resepi? Jenguk la dibawah ini ya...umi nak sambung berangan kejap...


CUCUR BAWANG KENTANG
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Apa yang diperlukan? (anggaran):-
(# adunan kali ni mmg dibancuh lembik untuk mendapatkan cucur yang garing di luar, lembut di dalamnya, sila gunakan sudu semasa menggoreng)
  • 1 biji kentang sederhana besar - kupas dan dadu kecil-kecil
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk bancuhan (anggaran 2 - 2 1/2 cawan - biar agak lembik)
  • minyak secukupnya untuk goreng terendam
Jom Cuba!
  1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan soda hingga rata.
  2. Masukkan air sedikit-sedikit dan adun hingga adunan lembik (bila disudukan dan dijatuhkan dari sudu agak lambat turunnya).
  3. Masukkan kentang dan bawang, adun rata dan biarkan sebentar (lebihkurang 5 minit).
  4. Sudukan ke dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana. Balik-balikkan cucur selalu untuk mendapatkan cucur yang garing dan enak. Bila telah kuning keemasan, bolehlah diangkat. Makan ketika panas bersama sos cili + mayonis, atau dimakan begitu sahaja). Selamat Mencuba..

Related Posts:

  • American Chocolate Cake & Hadiah Hari Guru dari Nazirah Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar semua sahabat umi? Mesti ada yang merungut sebab umi pagi2 dah cerita pasal kek coklat... kek coklat ini datang dari jauh pulak tu...hehe..nama je jauh tapi bahan2nya masih bole… Read More
  • Selamat Pengantin Baru Kak Chik (Azizah) dan Abg M Murali Assalamualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah.. tertunailah hasrat hati nak upload gambar sempena Majlis Perkahwinan sepupu umi di Kuantan pada 1hb Jun 2013... Meraikan cinta antara Pn. Azizah Onn (sepupu umi) dan pasang… Read More
  • Allahuakbar... Alhamdulillah Assalamualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah.. Syukur pada-Mu Ya Allah... Tak terkata semakin indahnya nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepada keluarga kecil umi ini terutamanya Mohammad Ahnaf bin Mohd Khairolden.. … Read More
  • Emmmm...Sedapnya... Assalamualaikum dan selamat tengahari Hari ni ofis umi buat potluck (betul ke ejaan ni?) untuk pelajar praktikal yang akan tamat belajar...tempoh praktikal hanya 2 bulan sahaja... umi hanya bawa makaroni kari bakar... … Read More
  • Mushroom Soup..Yummy!  Assalamualaikum dan selamat pagi  Apa khabar semua sahabat umi? Harap semua dirahmati Allah selalu... Marilah kita berselawat ke atas Nabi junjungan kita sebanyak mungkin.... Sampai ternganga mulut nazi… Read More

4 comments:

ady said...

as-salam siti
cecah sos cili mmg sedap!Yummy2..

umi's cup cake said...

Salam abg ady,
a'ah cicah dgn mayonis sekali...sedap.....

Engineers Love Cooking said...

Salam, semalam ada buat untuk buka puasa, tapi tambah grated carrot dan telor, tak taruh bicarbonate soda dan corn flour. Cicah sos cili asam.

yanmaneee said...

curry 6
hogan outlet online
michael kors handbags sale
yeezy shoes
air jordans
curry 6 shoes
yeezy boost 350
yeezy
supreme new york
supreme clothing

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive