Tuesday, March 5, 2013

Roti Manis Ala Jepun Kak Liza Intai Dapur

Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua sahabat umi? Lambat betul umi 'bersiaran' kan? Anak2 umi kurang sihat... demam + batuk + selsema... jadi perhatian kepada mereka lebih utama... permata hati kan... sekarang ni cuaca agak panas... umi pun dah batuk sikit2... harap2 tak berpanjangan... kepada sahabat umi yang juga kurang sihat, makan ubat tau... sekali sekala kita diuji sedikit... menghapus dosa, amin...
Hari ini umi nak kongsi resepi roti yang telah mengoda umi... ni semua kak liza empunya blog 'intai dapur' punya pasal.. tapi ujung minggu baru umi boleh buat sebab tepung roti dah abis... terlalu mengoda gambar kak liza tu...lagi pun gian rasa nak meroti... lama tak buat...hehe...
Terima kasih kak liza sebab dah goda umi... goda dengan cara berhemah..hehe.. sedap dan rasa makan kat Jepun...boleh ke gitu?...izinkan umi salin semula kat sini..resepi asal dari Gert (My Kitchen Snippets)... selamat mencuba...


RESEPI ROTI MANIS ALA JEPUN
Oleh : Kak Liza Intai Dapur & Gert

Bahannya:

375 g tepung roti (high protein flour)
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih)
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

Caranya:-



  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. 
  2. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  4. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemaran atau seri kaya.

4 comments:

ady said...

as-salam
nampak ngancam roti tu lembut dan gebu..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam Abg Ady,
memang lembut dan gebu bang..cuba la

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...Hari tu bila tengok kat dapur Kak Liza dah terguda abissss dan then tengok sini plak..agak2 klu nak skip water roux tu ok tak..malas plak nak membuatnya...

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam sue,
boleh juga skip water roux tu..tapi kena gantgi dengan bread softner dan bread improver..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive