Friday, August 10, 2012

Taugeh Celur

Assalamualaikum dan selamat pagi

Bertemu kita semula hari Jumaat yang penuh barakah...hari ini juga adalah 21 hari kita berpuasa..kelebihan solat terawih malam ke 22 adalah
 
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari
tersebut.


Semoga kita mendapat manfaat dan semoga Allah memberikan kita rahmatnya..hari ni kerana kesuntukan masa, umi nak kongsikan resepi yang amat mudah...iaitu taugeh celur yang umi ambil dari blog DTS...semoga berjumpa lagi minggu hadapan...



Jom Cuba : Taugeh Celur
 
Apa yang diperlukan?
150 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan (kalau taugeh kontot, tak payah buang ekor pun ok)
2 camca besar air panas (nak sedap guna kuah sup)*
1/2 camca teh serbuk pati ayam (mat guna 1/2 kiub pati ayam, hancurkan)*
1/2 camca teh kicap pekat*
1 1/2 camca besar sos tiram*
1 camca besar kicap manis*
1 camca teh minyak bijan/minyak bawang putih*
Sedikit lada sulah
Sedikit garam, jika perlu (mat tak letak)
Hirisan cili merah (mat guna cili padi), untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Jom Cuba!
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata dan tambah serbuk lada sulah secukup rasa dan secubit garam jika perlu. Kacau rata lagi dan ketepikan.
  2. Didihkan air, masukkan sedikit garam. Celur taugeh tadi semalam 20 saat (resipi asal 1 minit, tapi mat suka rangup2). Toskan dan alihkan ke dalam bekas sesuai.
  3. Kemaskan taugeh tadi, tuang no.1 rata2. Tabur hirisan daun bawang, cili padi dan bawang goreng. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

2 comments:

zila norazila said...

salam umi
x pernah pulak buat taugeh celur nie..tp mcm best resepi tu..yummy:)

umi's cup cake said...

salam zila,
umi pernah mkn tp br jumpa resepi yg sedap...cuba la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers