Images

Ketam Goreng Tepung

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah... hari ni nak kongsi satu menu yang umi amat suka dan umi ambil resepi dari Citrasa Dari Dapur Kakpah Sherry.. hasilnya memang terangkat macam kak pah cakap...umi goreng garing hingga kaki ketam tu boleh dimakan krup krap...krup krap...dan krup krap lagi...bunyi kunyah ketam tu...umi rasa kalau perap lebih lama lebih terasa rempahnya...lazat...
Terima kasih umi ucapkan pada kak pah yang sudi kongsi resepi yang lazat ni...lepas ni boleh guna resepi yang sama untuk udang atau sotong...dan ikan...syok abis, lebih2 lagi yang fresh from laut..huhu, nikmatnya...eh, puasa la...moh la tengok bahan2 yang senang je....

Jom Cuba : Ketam Goreng Tepung

Apa yang diperlukan?
  • 1kg ketam
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam & Serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk mengoreng (deep fry lagi baik)

Jom Cuba!
  1. Bersihkan ketam dan potong kepada 2 bahagian. Toskan.
  2. Kisar bawang merah & bawang putih. Kemudian gaul bahan kisar dengan serbuk kunyit, serbuk kari, garam & serbuk perasa. Perapkan sekejap.
  3. Sebelum goreng, gaulkan dulu dengan tepung gandum. Goreng hingga kekuningan dan masak.
  4. Angkat dan boleh dihidangkan.

2 comments:

Liza said...

fuhhhh, akk ape2 seafood yg grg celup tpg ni mmg peberet giler....hihihii

umi pun kak liza..lebih2 lg kalau deep fry dan garing

Labels

ahnaf (38) aiskrim (11) apam (7) Ayah (3) Ayam (40) bekal (14) birthday (34) biskut (19) buahan (47) Bubur (13) Coklat (27) cup cake (20) Cuti2 (11) daging (23) Entah (22) Follower (5) GA (18) Info Rumahtangga (5) kek (96) Kenangan (25) kuih (52) lain (61) lepat (1) Majlis (10) makan2 (46) Makanan Laut (44) mee (23) minuman (13) Muffin/Cup Cake (44) murtabak (6) nasi (43) Nazirah (65) NGM8 (5) piza (4) Potluck (4) puding (28) rojak (3) Roti (38) Sayuran (78) sup (36) Telur (11) Tempahan (9)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers