Tuesday, February 22, 2011

Piza

mmmm...nyum2 jemput makan piza ya...suami umi cakap ok la..ada rasa..ini pun kali kedua buat piza baru boleh upload..first time dulu, tak sempat nak snap dah selamat masuk ke dalam perut...ye la masa tu buat untuk breakfast...perut pun dah keroncong..tambah pulak makan masa panas2..apa lagi? tau2 je la kan...


ini gambar yang umi snap sebelum piza tu umi bakar..buat untuk dinner..resepi umi ambil dari myresepi.com tapi tak ingat resepi siapa sebab tak tau bila nak buat cuma dah lama mengidam..macam orang ada isi plak kan?..ish jauh lagi tu...gambar piza yang dalam pinggan tu di'edit' ikut versi malam sebab buat untuk dinner, jadi ikut suasana la kan...buat semasa temankan suami buat kerja..sambil tu boleh makan2...dua kerja dalam satu masa....

ok resepi ni adalah resepi dari kak.jun@yummylicious...piza ni adalah piza thin crust untuk sesiapa yang gemarkan base piza yang nipis..sedap, jomtengok resepinya...

Jom cuba : Pizza Thin Crust

Apa yang diperlukan?
  • 2-3 cawan tepung gandum @ roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • 1.5 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar olive oil
  • 2 sudu besar cuka apple
  • 1 sudu kecil oregano - yg nih hana tambah (umi tak letak)

Jom Cuba!

  1. Satukan air, gula dan yis.
  2. Biarkan kembang dalam 10minit @ lebih.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan 2 cawan tepung, cuka, garam dan minyak. Kacau sebati.
  4. Masukkan air yis tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga tak lekat di tangan.
  5. Jika lembik tambahkan sedikit tepung lagi.
  6. Tutup doh dengan kain lembab@plastic wrap dan perap hingga naik 2 kali ganda.
  7. Tumbuk2kan doh.
  8. Bahagikan kepada dua bahagian. Canai.
  9. Sapukan dengan sos pizza, filling kegemaran dan taburkan cheese.
  10. Bakar 180 selama 15-18min.





0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive