Ha ini minum petang yang umi buat sebab teruja tengok dari dapur kak ita...suami tanya 'kuih apa ni yang? rasa macam pernah makan tapi bentuk lain.' ini adalah hasil kreativiti kak ita..umi cuma ikut je...jawapannya ialah lepat pisang...comel kan hasil dia..eh...terpuji plak...apa pun kalau nak resepi boleh la tengok kat sini..sedap tau..kalau dah cuba, mesti nak lagi...apa lagi?..cubalah
kalau tak dapat dari link tu, umi salin di sini ya....selamat mencuba
Jom Cuba : Lepat Pisang
Apa yang diperlukan?
- 2 cwn pisang dilenyek
- 2 cwn tepung beras
- 2 cwn santan
- 1/2 cwn gula pasir
- secubit garam
- 2 sudu tepung kastard - kak ita tambah sebab ita buat dlm acu
- 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnyer sahaja
- Daun pisang secukupnyer untuk membungkus
Jom Cuba!
- Pisang masak dilenyek hingga lumat.
- Setelah itu masukkan gula pasir.
- Gaul sehingga gula sebati.
- Kemudian masukkan tepung ke dlm adunan pisang bersama2 kelapa parut dan secubit garam.
- Tuangkan santan dan gaulkan sehingga adunan sebati dan rata.
- Sendukkan adunan lebih kurang 2 atau 3 sudu makan diatas daun kemudian bungkuslah kemas2.
- Buat begini sehingga selesai semuanyer.
- Setelah itu bolehlah dikukus hingga masak.
Cara kak ita?
- Kalau cara ita, yg nak cepat dan ringkas ni... ita masukkan semua bahan dlm blender kemudian terrrrrr.... siap!
- Pas tu ambil acu leserkan dgn minyak.
- Masukkan 3/4 acuan.
- Potongkan pisang sepanjang 1 cm letakkan ditengah2 acuan kemudian bolehlah dikukus. (Anggaran masa mengukus antara 15-20 minit.)
0 comments:
Post a Comment