Friday, June 19, 2015

Menu sahur 2 : Ayam Masak Kurma Kenduri dan Sambal Belacan Tak Toleh Lain


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah.. hari kedua bulan Ramadhan ini.. hari ini umi nak kongsi kan menu sahur keluarga kecil umi untuk hari yang kedua...iaitu ayam masak kurma kenduri dan sambal belacan tak toleh lain.. selain itu, umi ada juga sediakan kubis goreng ummph dan terubuk masin KK mari...seronok bila tengok ahli keluarga terutama suami umi makan bertambah-tambah..masa sahur plak tu..alhamdulillah dengan rezeki mu Ya Allah... teringat pulak..ada yang share statement kat bawah ni...
hai la..macam2 kan sekarang ni... ok la, bagi yang ingin mencuba resepi versi umi..meh la salin yek...

Ayam Masak Kurma Kenduri
Sumber : Mat Gebu
Oleh : Umi's Cup Cake
 
Bahannya:-
1/2 ekor ayam (kurang lenih 600 gram), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 biji cili hijau, belah 2
4 camca besar rempah kurma

1/2 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
 
Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
1 inci halia
3 ulas bawang putih

 Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar, hiris

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Caranya:-
  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kurma, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang perang. Tambah pes rempah kurma tadi dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan kentang (toskan). Gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan masak hingga kentang dan ayam empuk. Masukkan pati santan dan cili hijau dan kacau rata. Biar mendidih dengan api perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..
dan ini pula resepi sambal belancannya....


Sambal Belacan Tak Toleh Lain
sumber : Umi's Cup Cake

Bahannya:
4 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
2 inci belacan ( dibakar/goreng tanpa minyak)
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 biji limau kasturi ~ diambil air
 

Caranya:
  1. Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat. 
  2. Masukkan belacan dan  tumbuk lagi. 
  3. Perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula. 
  4. Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive