Tuesday, June 10, 2014

Lempeng pekak yang betul pekak


Assalamualaikum dan selamat pagi
Pernah dengar lempeng pekak? makan? umi dan keluarga umi sudah biasa bersarapan dengan lempeng pekak terutama jika ada lauk yang boleh digandingkan... penyediaan yang amat senang.. hanya perlukan 4 bahan... semudah 1..2...3.. lempeng pekak tersedia..hihi...lempeng ini boleh dpelbagaikan isinya..dulu allahyarham ayah umi suka sangat kalau umi tambah udang kering tumbuk, daun sup dan bawang..serta bawang didadu halus...pasti ayah akan makan bertambah-tambah... seronok sangat...untuk resepi yang ada udang kering kat sini dan sini ya...
Jadi bila ada yang memberikan umi lauk rendang semalam, umi pun gandingkan dengan lempeng pekak yang sungguh pekak..tanpa tambahan apa-apa...pekak sungguh la jadiya... biasanya kalau dah meriah dengan tambahan bahan lain, lempeng ini sedap di makan macam tu je...terpulang la pada kita untuk ikut selera keluarga kita... ada juga lebihan pisang yang masak umi buat jemput atau cekodok pisang kampung yang umi bancuh hanya tambahan tepung secukupnya...jika suka manis, boleh la tambah gula...minuman pula, seperti biasa..umi minum segelas Nutri Goat Miracle 8.. Alhamdulillah rezeki...

Jom Cuba : Lempeng Pekak
Oleh : Mat Gebu

Apa yang diperlukan?


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam secukup rasa
  • Sos pencicah kegemaran anda atau kuah kari, kuah gulai, sambal tumis dll
Jom Cuba!

  1. Satukan tepung dan baking powder dalam bekas, kacau rata dengan whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa dan kacau lagi hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan (mat guna yang saiz 10 inci) dengan sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan tadi (anggara 1/2 cawan), ratakan dan masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  3. Kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkan. Masak hingga perang, angkat. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersam



Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive