Assalamualaikum dan Selamat pagi
Apa khabar sahabat umi? pejam celik..pejam celik..dah hari Jumaat dan penghujung cuti sekolah... minggu depan..mula la rutin harian seperti biasa... apa yang bermula, mesti ada akhirnya... setiap pertemuan, mesti ada perpisahan... begitu juga dengan budpraktikal di ofis umi... hari ini merupakan hari terakhir praktikal di sini..jadi semalam kami satu ofis, berpakat untuk membawa makanan..apa orang kata tu 'potluck'...
Kek cawan Baldu Merah
Kuih Talam
Dan yang paling sedap, Puding Roti Kak Aida
Kunjungan serta langkah kanan, rakan yang pada mulanya umi kenal di blog dan tak sangka rupanya dulu sebelum umi pindah di sini...Blogger ELC adalah kakitangan di sini... Kecil betul dunia ini kan... Akhirnya dapat juga ambil gambar bersama...Ini membuktikan bahawa Enginner juga pakar memasak... dan seorang lagi Blogger yang umi akan kongsikan resepinya ialah Blogger Dari Dapur Ibu aka Kak Aida.. mohon share resepi puding roti ya kak aida (yang tersenyum malu tu).. selain berbakat memasak, Kak Aida juga berbakat menjahit....
Oleh : Rohaida
Bahannya:-
4 @ 5 keping roti - disapu marjerin
2 cawan susu segar
4 biji telur
4 @ 5 sudu besar gula
kismis secukupnya
1 sudu kecil esen vanilla
sos :-
whipping cream
Air secukupnya
sedikit gula
Caranya:-
- Pukul telur sampai kembang, masukkan gula dan esen vanilla.
- Masukkan 2 cawan susu segar dan koyak-koyakkan roti kedalam bancuhan
- Masukkan kismis boleh dibakar didalam oven yang dialas air dibawahnya.
- Gunakan api 180 darjah c.bakar dalam masa 40 atau sampai bila dicucuk puding tidak melekat.
Untuk sosnya :- whipping cream dicampurkan dengan air dan gula, masak atas api yang perlahan. selamat mencuba.....
10 comments:
salam syg ummi
makanan semuanya best..paling kecur kuih cara..sbb zila teringin nak buat sampai skarg x tercuba lg..
salam umi..
wah, banyaknya makanan..bestnya tengok..semua sedap2.
Salam zila sayang,
ye ke..kalau dekat, pasti umi hantar
salam bbwana,
memang semuanya sedap...kenyang betul...
Assallamualaikum Ummi..
Banyaknya hidangan.. Rasa tak tau mana satu nak makan dulu kan.. Yg pasti mesti nak cuba semua menu tu..hihhiiii
Waalaikumsalam Nadz,
memang semua nak cuba..diet(diet la sangat) pun entah ke mana...
salam sis,jemput like page kami-Jubah2 dari mesir dengan harga berpatutan.tq :)
https://www.facebook.com/pages/Nouryls-Apparel/145479962288182
puan...siap ada gambar sy lagi..malulah pulak....nanti nasi dagang pulak ye....
sesekali baut potluck ni mmg best..dpt rasa masakan kawan2 kn..kt opis QH pon begitu juga..spi xtau nk rasa yg mne 1 dlu..hehe
bestnya berpotluck.. kat ofis akak tak pernah adakan potluck sbb ka sini majoritynya chinese...
Post a Comment