Thursday, February 28, 2013

Kenangan & Asam Pedas Ayam Bernenas

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Harap sihat sejahtera semua. Kalau ada yang kurang sihat, jangan lupa makan ubat ya... dan bersabar... umi sebenarnya tengah belek2 album gambar dan jumpa gambar asam pedas ayam bernenas ni yang belum umi masukkan resepinya... walaupun bukan resepi gempak tapi inilah salah satu lauk kegemaran umi sejak kecil.. maklumlah anak jati johor..hehe... tak kira waktu bila umi tetap suka makan walaupun masa sarapan... kebiasaannya ibu umi masak asam pedas pelbagai jenis ikan terutamanya ikan merah, pari, kembung atau apa saja ikan yang sesuai... umi makan dengan selera...kalau ikan telah habis, yang tinggal hanya kuah... umi akan pecahkan telur dan masak dalam kuah asam pedas tu..tambah pula kicap sedikit, selera tak terkata...'hantu asam pedas'
Bercerita pasal asam pedas ini, teringat umi masa mengandungkan nazirah.. ada satu gerai di kantin tempat umi bekerja, akak tu memang pandai masak asam pedas pagi2.. umi akan makan nasi lemak tapi kuah asam pedas hampir setiap hari tanpa jemu.. sampaikan akak tu pun dah tau apa umi nak makan... kira dah hafal sangat la... lucu bila ingatkan umi berkeras tak nak diletakkan sambal dan akak tu memang simpankan sedikit kuah untuk umi sebab kuah asam pedasnya selalu cepat habis walaupun waktu pagi... bila dah besar ni, nazirah pun suka makan tapi dia panggil 'sup'... apa saja berkuah, semuanya sup... tak kira apa warna kuah tu... cuma umi tak pernah makan asam pedas ayam... kiranya ini kali pertama umi 'berani'kan diri makan asam pedas ayam.. resepi yang seperti biasa umi ambil dari Mat Gebu.. Mohon salin semula di sini ya....Terima kasih diatas resepi yang marbeles ini...

Resepi : Asam Pedas Ayam Bernenas
Oleh : Che Mat Gebu

Bahannya:
1ekor ayam daging, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 biji nenas madu saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 camca besar penuh pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :-
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji
4 biji buah keras, hiris

Caranya:
  1. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan kisar halus, serai titik dan lengkuas, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah ayam. Gaul dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan nenas dan bunga kantan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Biar mendidih hingga nenas lembut dan ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Asam pedas ayam lebih sedap setelah beberapa jam..










Tuesday, February 26, 2013

Homemade Pop Corn

Assalamualaikum dan selamat petang
Jom tengok wayang kat rumah...umi buat pop corn ni sambil nak tengok episod akhir 'Dalam setiap sujudku' di TV9 malam tadi... lakonan pelakon Fathia dan Keith Foo sebagai pelakon utama di samping beberapa nama lain seperti Elfaiza Ul Haq, Rozie Othman dan Azlee Khairi. Layan jugak la cerita ni sikit sambil masak malam dan lipat kain baju..hehehe
Sinopsis drama Dalam Setiap Sujud :-

Dalam Setiap Sujud mengisahkan Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi itu.
Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital.
Puan Endah yang juga beka smajikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (AzleeKhairi).
Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).
Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden da nkedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya.
Ok jugak la ending cerita ni.. cerita ni tak berat sangat.. lagi best sebab sambil makan homemade pop corn dengan anak2... gembira rasa bila anak2 kata "sedapnya pop corn ni umi... nanti buat lagi ya"...InsyaAllah, meh la tengok resepinya...

Resepi : Homemade Pop Corn
Oleh : FB Jom Masak

Bahan A;
2 sdb marjerin/butter
Biji jagung (agak2 tenggelam dalam marherin cair dalam kuali)

Caranya:
  1. Masukkan marjerin dalam kuali. Pastikan api kecil sahaja.
  2. Cairkan marjerin.
  3. Masukkan biji jagung secukupnya.
  4. Tutup kuali.
  5. Tunggu sehingga bunyi 'pop' habis.
  6. Keluarkan jagung dari kuali.

Bahan caramelnya;
2 sdb marjerin
4 sdb gula
pewarna/ perisa (jika suka)

Caranya :
  1. Cairkan marjerin.
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula cair. Perlahankan api.
  3. Masukkan perisa. Kacau rata.
  4. Masukkan pop corn. Kacau sebati.
Boleh la dihidangkan. Selamat mencuba.

Monday, February 25, 2013

Ayam Masak Kicap Berempah & Doa Ketika Memasak

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Apa khabar semua sahabat dapur maya umi sekalian. Semoga sentiasa di berkati Allah dan semoga apa yang kita lakukan niatlah kerana Allah, insyaAllah bermanfaat. Hari ini umi tak akan menulis panjang cuma nak berkongsi doa-doa ketika memasak dan panjangkan resepi ayam masak kicap berempah Kak Azlita... sedap hingga menjilat jari, Alhamdulillah... Semoga ilmu ini manfaat untuk semua....


Doa Masuk Dapur 
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)
anamarzablog.c
Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]



Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]


Doa Untuk Sedapkan Makanan(Baca 3 kali)
Selawat Nabi 3x (ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD)
Istighfar 3x (ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM) 


KrekKredit kepada : http://www.anamarzablog.com
Resepi : Ayam Masak Kicap Berempah
Oleh : Azlita Aziz

1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih
sedikit garam
sedikit kunyit

Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar
Goreng ayam dalam minyak panas secara terendam sehingga kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inc halia
1 batang serai

Kesemua bahan di atas dikisar

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai ~ dititik

Rencah
3 biji kentang ~ di hiris dan digoreng
2 labu bawang besar ~ potong bulat
2 sudu besar ~ kicap pekat
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam
Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air
Masak hingga didih
Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris
Biar kuah masak dan pekat
Perasakan dengan garam dan gula

Sedia dihidangkan

Thursday, February 21, 2013

Barangan Untuk Anak & Hantaran Bunga Di thekookykate.blogspot.com

 Assalamualaikum dan Selamat petang



Mai dekat...rapat la lagi...ha, rapat macam ni la... ni nak bagi tau ada tawaran hebat tentang barangan bayi dan kanak-kanak serta gubahan hantaran. Satu tawaran yang lumayan sedang MENANTI ANDA!

Anda akan dapat barangan bayi dengan harga yang amat berpatutan...tanpa perlu ke kedai..hanya dengan satu pesanan, barangan akan sampai ke pintu rumah anda....

Cantik2 barangan yang ada di sini selain ia amat murah... ada juga stok barangan bayi ini, tidak terdapat di kedai atau shopping complex... 
Seluar ini juga boleh didapati dari blog The Kooky Kate... Comel kan?
  
 Kalau inginkan untuk bayi hingga menutup kepala, jumper ini juga sesuai...menarik, pasti ada tertarik...debooommmm gitu....
Bagi yang ingin hantaran bunga hidup di sekitar Johor (Pontian, Kota Tinggi, Gelang Patah) juga boleh membuat tempahan gubahan hantaran murah, berpatutan, cantik & vogue.

Harga bermula dari RM200 untuk 7 dulang menggunakan fake flowers dan RM400 untuk 7 dulang menggunakan fresh flowers, which is starting from RM28.50 for fake flowers dan RM57 for fresh flowers.
Sangat murah dan berpatutan!
Jika anda mahukan fresh flowers untuk DIY hantaran anda, kami menerima tempahan jugak!
Minimum 6 Dozen yeh.

Jadi, Tunggu apa lagi jom terjah blog  http://thekookykate.blogspot.com/ sekarang!

Monday, February 18, 2013

Nasi Ayam Kukus

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Cantik tak tudung saji ni...hehe..hadiah dari suami bila keluar out station...nak interframe jap...sebenarnya nak tunjuk apa yang ada di bawah tudung saji tu... satu menu lazat untuk keluarga umi..hasil pengkongsian kak Chahaya Shiela...Terima kasih kak...suami dan anak2 umi suka sangat...
 
Ni la menu yang telah menjadi menu kegemaran keluarga kecil umi... seronok bila ahnaf dan nazirah makan bertambah2 terutama bila dilimpahi sup yang hangat dan segar mata bila dihirup... salah satu nikmat yang Allah berikan.. yela kalau makan tapi tiada rasa pun tak nikmat kan?  umi harap kak Chahaya Shiela izinkan umi panjang2kan lagi resepi lazat ini..
Resepi : Nasi Ayam
Oleh : Kak Chahaya Shiela (Spices Journey)

Resepi Ayam :

Bahannya:
1 ekor ayam
1 sudu makan serbuk rempah Soto Tok Mak (rempah sup lain pun boleh)
1 ketul kiub pati ayam
1 biji buah tomato (kalau besar, 1/2 cukup)*
1/2 batang carrot*
2-3 kelopak sayur kobis*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
Sedikit serbuk lada
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Caranya:
  1. Bersihkan ayam dengan cara lumur dengan sedikit serbuk kunyit, bilas dan toskan.
  2. Serbuk kunyit tu boleh menghilangkan bau hanyir pada ayam tu selain menyegarkan lagi ayam kita.
  3. Kemudian blend semua bahan bertanda *.
  4. Masukkan kedalam periuk dengan air secukupnya dan juga bubuh rempah sup.
  5. Air tu agak biarlah cukup untuk kita gunakan bagi memasak nasi nanti dan pastikan sampai tenggelam ayam itu.
  6. Bubuh garam, serbuk lada sula dan ayam kiub ayam. 
  7. Masak ayam dan rebus hingga masak.
  8. Setelah masak ayam itu bolehlah diangkat. 
  9. Sup tu bolehlah kalau nak bubuh potongan carrot atau kentang kalau suka untuk dimakan bersama nasi ayam ini nanti.
  10. Saya bahagikan kepada dua ayam itu, separuh untuk steam dan separuh untuk dipanggang. 
  11. Yang untuk steam tu, ketepikan dulu. 


Yang untuk dipanggang, saya perapkan sebentar dengan bahan di bawah.

1 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil kicap seasoning maggie
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu kecil kicap masin
Garam jika rasa perlu

Caranya:
Blend semua bahan di atas dengan sedikit air. Lumurkan pada ayam tu dan perap sekurang-kurangnya setengah jam dan bakar sebentar dalam setengah jam atau ikutlah nak garing takat mana. Actually tak perlu lama sangat sebab ayam tu dah direbus masak. Bahan lebihan rempah yang ada dalam bekas yang kita perap ayam tadi juga JANGAN dibuang dulu. Nanti saya akan bagi tau kemudian kegunaannya.
Sementara menunggu ayam dipanggang dalam oven kita siapkan nasi pula. Bahan-bahannya seperti di bawah.

4 pot beras basmathi
6 pot air rebusan ayam
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai
2 helai daun pandan
Sedikit kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu makan minyak bijan
** Saya guna garam dalam 1 1/2 sudu kecil. Rasa dulu sbb dlm air rebusan tadi pun ada garam. Takut masin lak nasi kita nanti.

Caranya:
  1. Kalau guna beras basmathi, rendam dulu selama 10 minit. 
  2. Kemudian bilas dan toskan. 
  3. Masukkan ke dalam periuk rice cooker bersama air rebusan dan ON rice cooker tu.
  4. Sementara tu dalam kuali berasingan panaskan sedikit minyak bersama minyak bijan tadi dan tumis bahan bertanda * yang dihiris halus.
  5. Masukkan juga serai yang dititik, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.
  6. Goreng hingga layu dan naik bau.
  7. Kemudian tuangkan ke dalam rice cooker tadi dan masak hingga air kering jer.
  8. Jangan sampai masak sangat, dalam 3/4 masak tadi, dia belum berkerak lagi, pindahkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak sepenuhnya.
  9. Ayam yang saya ketepikan tadi untuk disteam saya masukkan sekali ke dalam kukusan dan renjiskan sedikit minyak bijan.
  10. Saya kukus dengan air rebusan ayam di bawah dia. 
  11. Kelebihan mengukus nasi ini, nanti nasi kita akan menjadi cantik berderai dan tidak hancur.
Untuk sambalnya :

Bahannya:-
5-6 batang cili merah
5-6 batang cili padi (kalau nak pedas)
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
Garam secukup rasa
Sedikit air

Blend semua bahan diatas dan masak hingga pekat dan hilang bau cili.

Untuk kicapnya:

Bahannya:
baki serdak rempah bahan perap ayam tadi
Air rebusan ayam secukupnya
Sos tiram secukupnya
Serbuk lada sulah
kicap masin secukup rasa

Caranya:-
Panaskan sedikit minyak. Tumis sedak rempah. Masukkan air rebusan, sos tiram, serbuk lada sulah dan kicap masin. kalau suka masukkan kicap manis. Biar didih dan tutup api. Sedia untuk dimakan.
 

Wednesday, February 6, 2013

Moist Chocolate Cake Zainuzam Zk

Assalamualaikum dan selamat petang
Seperti yang umi telah janjikan... umi akan panjangkan resepi kek coklat lembap yang sangat sedap dan sangat terasa coklatnya...cuma umi tak buat topping beria sangat...hanya tabur coklat manik dan bentuk hati je...sebab kekangan masa mendeko malam tadi...hehe..umi harap Ainil berpuas hati dengan hadiah yang tak seberapa ini...

Resepi : Moist Chocolate Cake Zainuzam Zk
Oleh : Zainuzam Zk

Bahannya:

Bahan A (ayak)
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat

Bahan B
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat
3/4 cawan air panas
1 cawan air biasa
4 sdb susu tepung _ umi guna susu tepung coklat
1 cawan minyak masak

Bahan C
2 biji telur Gred A
1 sdt esen vanilla

Caranya :

Masak bahan b di atas api perlahan sehingga larut. Ketepikan.
Pukul telur dengan whisk hingga berbuih
Masukkan esen vanilla
Masukkan bahan b yang telah suam. Kacau sebati.
Masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
Tuang adunan dalam loyang 8 inci yang telah digris & alas baking paper.
Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus sejam atau sehingga masak dengan api sederhana.
Sejukkan dan hias.

Topping coklat

Bahannya:
100 ml susu cair
300 gm coklat masakan - dicincang
2 sdb serbuk koko
1 sdb marjerin/butter

caranya:
Pnaskan susu cair hingga mendidih tepi. Tutup api.
Masukkan coklat masakan & serbuk koko. Kacau sehingga larut.
Masukkan butter. kacau sebati.
Boleh la dituang atas kek.

Moist Chocolate Cake Zainuzam & Selamat Hari Lahir Ainilhusna

Assalamualaikum dan selamat pagi
 Apa khabar semua sahabat umi semua..harap agar semuanya sihat dan bahagia hendaknya... selalunya kalau hari rabu ni banayak blog akan bisu tanpa bicara tapi hari ini umi nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke 26 kepada sahabat umi di opis...iaitu Ainilhusna...doa untuk Ainil...

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.
Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.
Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.
Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Resepi Moist Chocolate cake itu..nanti umi masukkan sebab ada urusan yang perlu umi usaikan dahulu...ampun dan maaf ya sahabat semua...

Monday, February 4, 2013

Kek Pelangi @ Rainbow Cake

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Salam ceria buat semua sahabat umi dan semoga bunga ceria di hati kita seperti cerianya kek pelangi di atas tu..hehe...Minggu baru di bulan baru iaitu bulan Februari... kita dah pun masuk ke bulan kedua untuk Tahun 2013 ni... minggu lepas adalah hari cuti umum untuk sesiapa yang bekerja di Wilayah Persekutuan... dalam bercuti tu umi buat la kek pelangi ini untuk isteri jiran umi yang menyambut hari kelahiran pada 31hb Januari...umi harap kak puas hati dan ceria seperti kek pelangi ini...
Resepi ini umi ambil dari FB Jom Masak.. ringkas dan sedap kek ni.. teruja anak2 umi sebab warna kek pelangi ini..suami umi yang agak cerewet makan kek pun kata sedap..habis 3 potong kek sekali hadap... cuma umi kena baiki skill umi dalam mendeko kek..kena banyak belajar dan mencuba... practise make better result... doakan umi berjaya dalam cabaran untuk diri umi..kiranya salah satu azam tahun 2013 adalah untuk mantapkan skill mendeko umi...
Resepi : Kek Pelangi @ Rainbow Cake
Oleh : FB Jom Masak

Bahannya :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
3 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna merah, hijau, kuning, biru dan ungu

Caranya:-
Gris acuan bulat. Panaskan ketuhar 180 darjah.
Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau dan masukkan susu dan esen vanilla. Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Warnakan merah, hijau, kuning, biru dan ungu.
Bakar pada saiz loyang yang sama selama 10 minit atau hingga masak.

Untuk hiasan kek :-

Filling :
1 cawan cream cheese
1/2 cawan butter

caranya : pukul cream cheese dan butter sehingga sebati dan boleh tambah perisa.

Topping : Fresh cream secukupnya dan pukul sehingga kembang.

Friday, February 1, 2013

Selamat Hari Wilayah..mmmmm, cuti

Assalamualaikum dan Selamat Hari Wilayah
   
Hari ini merupakan cuti umi untuk warga kerja di Wilayah iaitu 1 Februari, ini bermakna hari cuti untuk umi dan suami tapi masih lagi hari persekolahan buat nazirah yang bersekolah di Selangor.. sedikit maklumat yang umi dapat dari Wikipedia mengenai Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut :-

Wilayah Persekutuan (Jawi: ولايه ڤرسكوتوان) ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Sejarah

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.
Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.
Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.

Bendera

Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna.


 Peace...Nazirah pergi tabika dulu ya..Doakan Nazirah pandai ilmu Dunia & Akhirat