Assalamualaikum dan selamat petang
Jom tengok wayang kat rumah...umi buat pop corn ni sambil nak tengok episod akhir 'Dalam setiap sujudku' di TV9 malam tadi... lakonan pelakon Fathia dan Keith Foo sebagai pelakon utama di samping beberapa
nama lain seperti Elfaiza Ul Haq, Rozie Othman dan Azlee Khairi. Layan jugak la cerita ni sikit sambil masak malam dan lipat kain baju..hehehe
Sinopsis drama Dalam Setiap Sujud :-
Dalam Setiap Sujud mengisahkan Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi itu.
Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia
membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan
kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie
Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja
tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital.
Puan Endah yang juga beka smajikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (AzleeKhairi).
Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah
menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu
Zulaikha (Elfaeza UI Haq).
Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika
dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden da nkedudukan Zulaikha
juga lebih setaraf dengannya.
Ok jugak la ending cerita ni.. cerita ni tak berat sangat.. lagi best sebab sambil makan homemade pop corn dengan anak2... gembira rasa bila anak2 kata "sedapnya pop corn ni umi... nanti buat lagi ya"...InsyaAllah, meh la tengok resepinya...
Resepi : Homemade Pop Corn
Oleh : FB Jom Masak
Bahan A;
2 sdb marjerin/butter
Biji jagung (agak2 tenggelam dalam marherin cair dalam kuali)
Caranya:
- Masukkan marjerin dalam kuali. Pastikan api kecil sahaja.
- Cairkan marjerin.
- Masukkan biji jagung secukupnya.
- Tutup kuali.
- Tunggu sehingga bunyi 'pop' habis.
- Keluarkan jagung dari kuali.
Bahan caramelnya;
2 sdb marjerin
4 sdb gula
pewarna/ perisa (jika suka)
Caranya :
- Cairkan marjerin.
- Masukkan gula dan kacau sehingga gula cair. Perlahankan api.
- Masukkan perisa. Kacau rata.
- Masukkan pop corn. Kacau sebati.
No comments:
Post a Comment