Monday, February 25, 2013

Ayam Masak Kicap Berempah & Doa Ketika Memasak

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Apa khabar semua sahabat dapur maya umi sekalian. Semoga sentiasa di berkati Allah dan semoga apa yang kita lakukan niatlah kerana Allah, insyaAllah bermanfaat. Hari ini umi tak akan menulis panjang cuma nak berkongsi doa-doa ketika memasak dan panjangkan resepi ayam masak kicap berempah Kak Azlita... sedap hingga menjilat jari, Alhamdulillah... Semoga ilmu ini manfaat untuk semua....


Doa Masuk Dapur 
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)
anamarzablog.c
Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]



Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]


Doa Untuk Sedapkan Makanan(Baca 3 kali)
Selawat Nabi 3x (ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD)
Istighfar 3x (ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM) 


KrekKredit kepada : http://www.anamarzablog.com
Resepi : Ayam Masak Kicap Berempah
Oleh : Azlita Aziz

1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih
sedikit garam
sedikit kunyit

Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar
Goreng ayam dalam minyak panas secara terendam sehingga kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inc halia
1 batang serai

Kesemua bahan di atas dikisar

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai ~ dititik

Rencah
3 biji kentang ~ di hiris dan digoreng
2 labu bawang besar ~ potong bulat
2 sudu besar ~ kicap pekat
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam
Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air
Masak hingga didih
Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris
Biar kuah masak dan pekat
Perasakan dengan garam dan gula

Sedia dihidangkan

6 comments:

  1. Assalamualaikum Ummi..sedap ayam itewwww...Thanks untuk himpunan doa2 itewwwww

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam sue,
    ayam ni memang alhamdulillah sedap.. himpunan doa untuk semua..

    ReplyDelete
  3. salam syg umi,
    alahaii sedapnya ..jadi kecur plak zila tgok..he hee pagi tadi zila masak ayam jgk...tp buat kari sempoii jew makan dgn roti..lain kali leh cuba resepi nie..:)

    ReplyDelete
  4. Salam Zila sayang,
    Zila dah sihat? Nanti buat tau..jangan bagi baby kempunan

    ReplyDelete
  5. Assalam Umi.. Ayam kicap berempah mmg sedap..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam kak shiela,
    a'ah ayam ni mmg sedap dengan nasi panas2...

    ReplyDelete