Thursday, February 28, 2013

Kenangan & Asam Pedas Ayam Bernenas

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Harap sihat sejahtera semua. Kalau ada yang kurang sihat, jangan lupa makan ubat ya... dan bersabar... umi sebenarnya tengah belek2 album gambar dan jumpa gambar asam pedas ayam bernenas ni yang belum umi masukkan resepinya... walaupun bukan resepi gempak tapi inilah salah satu lauk kegemaran umi sejak kecil.. maklumlah anak jati johor..hehe... tak kira waktu bila umi tetap suka makan walaupun masa sarapan... kebiasaannya ibu umi masak asam pedas pelbagai jenis ikan terutamanya ikan merah, pari, kembung atau apa saja ikan yang sesuai... umi makan dengan selera...kalau ikan telah habis, yang tinggal hanya kuah... umi akan pecahkan telur dan masak dalam kuah asam pedas tu..tambah pula kicap sedikit, selera tak terkata...'hantu asam pedas'
Bercerita pasal asam pedas ini, teringat umi masa mengandungkan nazirah.. ada satu gerai di kantin tempat umi bekerja, akak tu memang pandai masak asam pedas pagi2.. umi akan makan nasi lemak tapi kuah asam pedas hampir setiap hari tanpa jemu.. sampaikan akak tu pun dah tau apa umi nak makan... kira dah hafal sangat la... lucu bila ingatkan umi berkeras tak nak diletakkan sambal dan akak tu memang simpankan sedikit kuah untuk umi sebab kuah asam pedasnya selalu cepat habis walaupun waktu pagi... bila dah besar ni, nazirah pun suka makan tapi dia panggil 'sup'... apa saja berkuah, semuanya sup... tak kira apa warna kuah tu... cuma umi tak pernah makan asam pedas ayam... kiranya ini kali pertama umi 'berani'kan diri makan asam pedas ayam.. resepi yang seperti biasa umi ambil dari Mat Gebu.. Mohon salin semula di sini ya....Terima kasih diatas resepi yang marbeles ini...

Resepi : Asam Pedas Ayam Bernenas
Oleh : Che Mat Gebu

Bahannya:
1ekor ayam daging, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 biji nenas madu saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 camca besar penuh pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :-
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji
4 biji buah keras, hiris

Caranya:
  1. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan kisar halus, serai titik dan lengkuas, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah ayam. Gaul dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan nenas dan bunga kantan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Biar mendidih hingga nenas lembut dan ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Asam pedas ayam lebih sedap setelah beberapa jam..










12 comments:

  1. as-salam siti
    wahhh mesti sedap asam pedas ayam ni...tak pernah buat asam pedas ayam ni..npk sungguh menyelerakan yummy..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam abg ady
    umi pun first time buat..rasa lain sikit dari asam pedas ikan tapi sedap

    ReplyDelete
  3. kalau kak shiela yang amik gambar lagi nampak sedap...

    ReplyDelete
  4. Pandai anak.ct makan asm pedas.. sama la anak2 sya pun duk sebut lauk bekuah tu semuanya sup. Hehe..lama da xpekena asam podeh..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..Asam pedasss..sedapnya ayam..boleh cuba juga ni..sesekali cari kelainan...

    ReplyDelete
  6. Tu la izah...yg mcm ct kecik dulutu

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam sue...yup satu kelainan yang lazat...

    ReplyDelete
  8. my companylook at this website navigate herehave a peek at this website my review herehave a peek at these guys

    ReplyDelete
  9. this website check these guys out Click This Link see here click resources try this out

    ReplyDelete