Monday, February 18, 2013

Nasi Ayam Kukus

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Cantik tak tudung saji ni...hehe..hadiah dari suami bila keluar out station...nak interframe jap...sebenarnya nak tunjuk apa yang ada di bawah tudung saji tu... satu menu lazat untuk keluarga umi..hasil pengkongsian kak Chahaya Shiela...Terima kasih kak...suami dan anak2 umi suka sangat...
 
Ni la menu yang telah menjadi menu kegemaran keluarga kecil umi... seronok bila ahnaf dan nazirah makan bertambah2 terutama bila dilimpahi sup yang hangat dan segar mata bila dihirup... salah satu nikmat yang Allah berikan.. yela kalau makan tapi tiada rasa pun tak nikmat kan?  umi harap kak Chahaya Shiela izinkan umi panjang2kan lagi resepi lazat ini..
Resepi : Nasi Ayam
Oleh : Kak Chahaya Shiela (Spices Journey)

Resepi Ayam :

Bahannya:
1 ekor ayam
1 sudu makan serbuk rempah Soto Tok Mak (rempah sup lain pun boleh)
1 ketul kiub pati ayam
1 biji buah tomato (kalau besar, 1/2 cukup)*
1/2 batang carrot*
2-3 kelopak sayur kobis*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
Sedikit serbuk lada
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Caranya:
  1. Bersihkan ayam dengan cara lumur dengan sedikit serbuk kunyit, bilas dan toskan.
  2. Serbuk kunyit tu boleh menghilangkan bau hanyir pada ayam tu selain menyegarkan lagi ayam kita.
  3. Kemudian blend semua bahan bertanda *.
  4. Masukkan kedalam periuk dengan air secukupnya dan juga bubuh rempah sup.
  5. Air tu agak biarlah cukup untuk kita gunakan bagi memasak nasi nanti dan pastikan sampai tenggelam ayam itu.
  6. Bubuh garam, serbuk lada sula dan ayam kiub ayam. 
  7. Masak ayam dan rebus hingga masak.
  8. Setelah masak ayam itu bolehlah diangkat. 
  9. Sup tu bolehlah kalau nak bubuh potongan carrot atau kentang kalau suka untuk dimakan bersama nasi ayam ini nanti.
  10. Saya bahagikan kepada dua ayam itu, separuh untuk steam dan separuh untuk dipanggang. 
  11. Yang untuk steam tu, ketepikan dulu. 


Yang untuk dipanggang, saya perapkan sebentar dengan bahan di bawah.

1 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil kicap seasoning maggie
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu kecil kicap masin
Garam jika rasa perlu

Caranya:
Blend semua bahan di atas dengan sedikit air. Lumurkan pada ayam tu dan perap sekurang-kurangnya setengah jam dan bakar sebentar dalam setengah jam atau ikutlah nak garing takat mana. Actually tak perlu lama sangat sebab ayam tu dah direbus masak. Bahan lebihan rempah yang ada dalam bekas yang kita perap ayam tadi juga JANGAN dibuang dulu. Nanti saya akan bagi tau kemudian kegunaannya.
Sementara menunggu ayam dipanggang dalam oven kita siapkan nasi pula. Bahan-bahannya seperti di bawah.

4 pot beras basmathi
6 pot air rebusan ayam
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai
2 helai daun pandan
Sedikit kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu makan minyak bijan
** Saya guna garam dalam 1 1/2 sudu kecil. Rasa dulu sbb dlm air rebusan tadi pun ada garam. Takut masin lak nasi kita nanti.

Caranya:
  1. Kalau guna beras basmathi, rendam dulu selama 10 minit. 
  2. Kemudian bilas dan toskan. 
  3. Masukkan ke dalam periuk rice cooker bersama air rebusan dan ON rice cooker tu.
  4. Sementara tu dalam kuali berasingan panaskan sedikit minyak bersama minyak bijan tadi dan tumis bahan bertanda * yang dihiris halus.
  5. Masukkan juga serai yang dititik, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.
  6. Goreng hingga layu dan naik bau.
  7. Kemudian tuangkan ke dalam rice cooker tadi dan masak hingga air kering jer.
  8. Jangan sampai masak sangat, dalam 3/4 masak tadi, dia belum berkerak lagi, pindahkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak sepenuhnya.
  9. Ayam yang saya ketepikan tadi untuk disteam saya masukkan sekali ke dalam kukusan dan renjiskan sedikit minyak bijan.
  10. Saya kukus dengan air rebusan ayam di bawah dia. 
  11. Kelebihan mengukus nasi ini, nanti nasi kita akan menjadi cantik berderai dan tidak hancur.
Untuk sambalnya :

Bahannya:-
5-6 batang cili merah
5-6 batang cili padi (kalau nak pedas)
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
Garam secukup rasa
Sedikit air

Blend semua bahan diatas dan masak hingga pekat dan hilang bau cili.

Untuk kicapnya:

Bahannya:
baki serdak rempah bahan perap ayam tadi
Air rebusan ayam secukupnya
Sos tiram secukupnya
Serbuk lada sulah
kicap masin secukup rasa

Caranya:-
Panaskan sedikit minyak. Tumis sedak rempah. Masukkan air rebusan, sos tiram, serbuk lada sulah dan kicap masin. kalau suka masukkan kicap manis. Biar didih dan tutup api. Sedia untuk dimakan.
 

8 comments:

  1. salam umie, akk tengok pun dah terliur..

    ReplyDelete
  2. Salam kak liza,
    sedap sgt ni..rugi tak cuba

    ReplyDelete
  3. as-salam
    waa sedapnye nampak..terliur nih

    ReplyDelete
  4. Waaaa.. Sedapnyer nampak.. Akak pulak terliur nengok ni.. Apa pun terima kasih kerana sudi mencuba yer..

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam abg ady...
    semua resepi ka shiela memang best

    ReplyDelete
  6. Kak Shiela..
    terima kasih sbb sudi kongsi resepi best ni..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...cantiknya tudung saji ditambah lagi dengan kesedapan hidangan yang berselindung di bawahnya...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Sue
    Lama x dengar khabar cerita sue..rindunya..

    ReplyDelete