Monday, February 23, 2015

Roti Naik Johor

Assalamualaikum dan selamat pagi
Bersua setelah lama umi menyepi..haha.. apa khabar.. mesti ramai yang masih cuti kan... umi nak cerita pasal roti naik Johor..umi dah pernah buat atas nama lain iaitu Roti Naik CMG dan Roti Naik Coklat Urai.. umi juga selalu juga buat Roti Naik Tok Mak ...macam kat sini dan sini .....
Gebus kan rotinya... ha.. kali ini umi buat lagi..yang umi suka roti ini... mudah dan boleh dipelbagaikan 'lawannya' seperti cicah air nescafe, air kopi, makan dengan kuah kari, asam pedas, sambal bilis dan macam2 lagi la... nak makan macam tu je pun boleh...bagi sesiapa yang nak tengok roti Gebus Gebas En. Mat Gebu..boleh Klik Sini... umi kongsikan kembali resepi nya..bagi yang ingin mencuba...

Resepi : Roti Naik Johor
Oleh : Che Mat Gebu
Dicuba oleh : Umi's Cup Cake

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.             KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu...kalau nak tumbuk juga, koo tumbuk tembok simen yeaa!!..hahaha..Ucapan terima kasih pada kak pah JB......dia ni sifu oooo..jgn memain, kita terharu ni kak pah sudi bagi tips...kembang idung ceQ!!!!

Friday, February 13, 2015

Perginya seorang yang kita sayangi

Assalamualaikum dan selamat pagi


Petikan dari Malaysiakini...

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.

Anaknya, Nik Abduh mengesahkan perkara itu di Facebook.

"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung.

"Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah," katanya dalam rakaman di laman itu.

Katanya lagi, jenazah bapanya itu akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.



Menitis air mata mendengar perkhabaran ini... sayu kerna pemergiannya... gembira dengan masa kembali yang baik (malam jumaat)... Mata juga seakan tidak lena semalam... kematian itu pasti.. apakah telah ku bersedia? Allahuakhbar....

Wednesday, February 11, 2015

AYAM PANGGANG BEST KAK LIZA

Assalamualaikum dan selamat petang
apa khabar semua sahabat umi? Diharapkan agar semua sihat sejahtera di bawah lindungan Allah... anak umi yang bungsu..selsema dan demam semanjak hari sabtu lagi.. terutamanya sebelah malam.. risau dibuatnya... dan akhirnya umi pun selsema jugak... cuma menahan mata agar tidak terlelap ketika bekerja...huhu..hari ini umi nak panjangkan resepi hasil umi mengintai satu blog blog Intai Dapur milik Kak Liza... apa yang umi intai? resepi ayam panggang kak liza la...memag sedap ..meh la intai resepi kak liza ni...



Resepi : Ayam Panggang Best Kak Liza

Bhn2 A:
3 s/b cili boh 
2 keping gula Melaka 
1/2 cawan air - masak semua hingga pekat
 
Bhn2 B:
4 ulas bawang pth  
1 ulas bawang besar  
1 kiub stok ayam  
1 inci halia  
5 s/b sos lada hitam  
5 s/b madu  
Garam 
Butter 

- lumur pada ayam masa nk bakar nnt
- blend bhn A dan B bersama2..  
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam. 
- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak..
 Lebihan bhn perapan tu Liza masak hingga betul2 pekat dan curah atas ayam panggang masa hidang...
untuk resepi coleslow..boleh klik sini

Friday, February 6, 2015

Sengkuang Calit...So simple but yummy

Assalamualaikum dan salam jumaat
Makan apa tengahari ni? umi bawak bekal..bekal apa? sengkuang calit tau..haha.. kelako kan... menu simple tapi sedap ini..boleh di makan tapi jangan kerap sangat..sebab sengkuang ni diketegorikan makanan 'sejuk'... kang ada yang sakit sana..sakait sini.. maklum la..metabolisme dah kurang..eh..apa kaitan ye?..hihi
Sebenarnya banyak dah gerai buah jual sengkuang calit macam ni... umi punya special sedikit sebab kuah rojak Mak Bee ini dibawa khas oleh ayah mertua umi... memang terbaik la kan... sesuai untuk minum petang dan bagi orang yang diet..diet la sangat kan...
bagi yang belum pernah mencuba..boleh la mencuba.. Malaysia kan kaya dengan pelbagai jenis makanan yang kreatif dan sedap2... nak resepi? jangan malukan umi la...tapi kalau rasa nak buat kuah rojak sendiri, boleh tengok kat blog Hasue..mudah je...

Wednesday, February 4, 2015

Nasi Bukhari, Ayam Masak Merah dan Dalca Daging

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua? haha..lewat betul umi masukkan entry.. ini umi masak ketika mak dan ayah mertua umi datang ke rumah minggu lepas.. datang untuk menghantar adik yang bungsu daftar belajar di UIA Gombak... Alhamdulillah... nasi ini sedap sangat walupun kali pertama buat...lagi umph bila makan dengan ayam masak merah dan dalca daging...manakala acar nenas dibuat oleh mak mertua umi..sedapnya air tangan mak... masih terasa-rasa di tekak... terima kasih mak...sayang mak ketat2...
Untuk resepi nasi bukhari ini umi ambil dari blog Suka Duka Kehidupanku..air tangan Pak Engku... seperti biasa resepi air tangan pak Engku memang sedap...

Resepi : Nasi Bukhari Pak Engku
Dicuba Oleh : umi's cup cake

Bahan-bahannya :-

1kg beras basmathi
100gm minyak sapi
100gm marjerin
1 liter air
2 sudu makan rempah bukhari
½ tin susu cair 
10gm kismis – goreng
10 gm badam – goreng
10 gm gajus – goreng - tak letak
10 gm bawang goreng
Garam / serbuk perisa

Bahan Tumis :-

4 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 inci halia – kisar
5 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1 tangkai daun pudina 
1 tangkai daun ketumbar – potong ½ inci 
2 biji tomato – potong 4 
2 biji cili hijau – belah 2 ~

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak sapi dan marjerin. 
2. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yg di kisar. 
3. masukkan bahan2 tumis yang lain. masak hingga naik bau. 
4. masukkan rempah. setelah itu masukkan air mengikut sukatan. 
5. setelah mengelegak masukkan susu cair, garam dan serbuk perasa.
6. kemudian masukkan beras.
7. setelah nasik masak taburkan kismis badam gajus dan bawang goreng
8. siap untuk di makan…Selamat Mencuba….=)
Resepi dalca daging ini pula umi ambil adari blog periuktanah.. walaupun kali pertama buat..umi suka akan hasil dalca daging ini...terima kasih buat empunya resepi..umi panjangkan di sini pula

Resepi ; Dalca Daging( Hidangan untuk 10 orang)
Oleh : Periuk Tanah
 
Bahan-bahan:
500 gm daging no.2 (daging campur)
1/2 cawan kacang dal direndam semalaman
5 sudu besar rempah kari
5 urat kacang panjang dipotong 1 1/2 inci
1 batang karot dipotong 1 inci panjang
1 batang terung dipotong sederhana
4 biji cili hijau dibelah 4
1 biji tomato didadu kecil
1 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih,2 biji buah pelaga
1 cawan santan
2 sudu besar sos tomato/ tomato puri
Cara-cara:
1. Rebus kacang dal hingga empuk. Toskan.Bahagi 2. Separuh dikisar halus dan separuh lagi dibiar begitu sahaja.
2. Panaskan 5 sudu besar minyak didalam periuk. Tumis bawang besar, halia, dan rempah campur hingga berbau wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan daging. Kacau rata dan tutup periuk. Perlahankan api dan masak hingga daging empuk.
4. Apabila daging empuk, masukkan kacang dal, sayur-sayuran, sos tomato, tomato dadu dan cili hijau. Masukkan santan dan biar mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila sayuran telah empuk, tutup api dan boleh dihidang.
***Daging boleh direbus empuk terlebih dahulu bagi menjimatkan masa memasak dalca.


Resepi : Ayam Masak Merah
Oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya:-
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*- umitak letak
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan

Caranya:-
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang, jika suka...