Wednesday, February 4, 2015

Nasi Bukhari, Ayam Masak Merah dan Dalca Daging

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua? haha..lewat betul umi masukkan entry.. ini umi masak ketika mak dan ayah mertua umi datang ke rumah minggu lepas.. datang untuk menghantar adik yang bungsu daftar belajar di UIA Gombak... Alhamdulillah... nasi ini sedap sangat walupun kali pertama buat...lagi umph bila makan dengan ayam masak merah dan dalca daging...manakala acar nenas dibuat oleh mak mertua umi..sedapnya air tangan mak... masih terasa-rasa di tekak... terima kasih mak...sayang mak ketat2...
Untuk resepi nasi bukhari ini umi ambil dari blog Suka Duka Kehidupanku..air tangan Pak Engku... seperti biasa resepi air tangan pak Engku memang sedap...

Resepi : Nasi Bukhari Pak Engku
Dicuba Oleh : umi's cup cake

Bahan-bahannya :-

1kg beras basmathi
100gm minyak sapi
100gm marjerin
1 liter air
2 sudu makan rempah bukhari
½ tin susu cair 
10gm kismis – goreng
10 gm badam – goreng
10 gm gajus – goreng - tak letak
10 gm bawang goreng
Garam / serbuk perisa

Bahan Tumis :-

4 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 inci halia – kisar
5 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1 tangkai daun pudina 
1 tangkai daun ketumbar – potong ½ inci 
2 biji tomato – potong 4 
2 biji cili hijau – belah 2 ~

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak sapi dan marjerin. 
2. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yg di kisar. 
3. masukkan bahan2 tumis yang lain. masak hingga naik bau. 
4. masukkan rempah. setelah itu masukkan air mengikut sukatan. 
5. setelah mengelegak masukkan susu cair, garam dan serbuk perasa.
6. kemudian masukkan beras.
7. setelah nasik masak taburkan kismis badam gajus dan bawang goreng
8. siap untuk di makan…Selamat Mencuba….=)
Resepi dalca daging ini pula umi ambil adari blog periuktanah.. walaupun kali pertama buat..umi suka akan hasil dalca daging ini...terima kasih buat empunya resepi..umi panjangkan di sini pula

Resepi ; Dalca Daging( Hidangan untuk 10 orang)
Oleh : Periuk Tanah
 
Bahan-bahan:
500 gm daging no.2 (daging campur)
1/2 cawan kacang dal direndam semalaman
5 sudu besar rempah kari
5 urat kacang panjang dipotong 1 1/2 inci
1 batang karot dipotong 1 inci panjang
1 batang terung dipotong sederhana
4 biji cili hijau dibelah 4
1 biji tomato didadu kecil
1 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih,2 biji buah pelaga
1 cawan santan
2 sudu besar sos tomato/ tomato puri
Cara-cara:
1. Rebus kacang dal hingga empuk. Toskan.Bahagi 2. Separuh dikisar halus dan separuh lagi dibiar begitu sahaja.
2. Panaskan 5 sudu besar minyak didalam periuk. Tumis bawang besar, halia, dan rempah campur hingga berbau wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan daging. Kacau rata dan tutup periuk. Perlahankan api dan masak hingga daging empuk.
4. Apabila daging empuk, masukkan kacang dal, sayur-sayuran, sos tomato, tomato dadu dan cili hijau. Masukkan santan dan biar mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila sayuran telah empuk, tutup api dan boleh dihidang.
***Daging boleh direbus empuk terlebih dahulu bagi menjimatkan masa memasak dalca.


Resepi : Ayam Masak Merah
Oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya:-
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*- umitak letak
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan

Caranya:-
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang, jika suka...

5 comments: