Tuesday, July 31, 2012

Doh Karipap Kak Shiela

Assalamualaikum dan selamat pagi
Eh..pagi2 dah tayang karipap yang tak berapa cun ni kan...hehe, maaf la ya sebenarnya seronok sebab dapat buat karipap yang sedap sangat...resepi dari kak shiela yang duduk seremban tu...cuma inti bukan inti telur koboi tapi inti daging kari...mmmmm i like...hehe
bila azan je...lepas baca doa buka puasa, kurma sebiji..terus ngap karipap nan sedap ni sampai 3 ketul... tak sedar diri plak tu...walaupun rupa tak cantik bukan sebab resepi tak sedap...tapi dek tangan nan keras ni...alhamdulillah..nikmat Allah berikan...nanti nak buat lagi dan rupa paras tu nak tingkatkan lagi....Terima kasih Kak Shiela sebab sudi kongsi resepi yang sedap ni...
ok la umi tak dapat nak tulis panjang...moh la tengok apa yang diperlukan untuk karipap yang sedap ni....

Jom Cuba : Doh Karipap Kak Shiela

Apa yang diperlukan?
  • 500gram tepung gandum
  • 1/4 cawan marjerin
  • 1/2 cawan minyak
  • 220ml air-anggaran
  • 1 sudu kecil garam - anggaran

Jom Cuba!
  1. Masakkan marjerin dan minyak sehingga betul2 panas.
  2. Tuangkan ke dalam tepung gandum.
  3. Gaul rata dengan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.(AWAS panas, sila gunakan senduk dahulu)
  4. Bila agak suam, masukkan air sedikit demi sedikit.
  5. Uli sehingga rata dan sebati.
  6. Rehatkan doh dalam 20 minit sebelum digelek untuk proses seterusnya.
  7. Bahagikan doh kepada saiz yang dikehendaki dan berbentuk bulat.
  8. Masukkan inti dan kelim.
  9. Pastikan minyak tidak terlalu panas kerana kulit karipap akan tidak cantik.



Monday, July 30, 2012

Kole Kacang Ady

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Apa khabar? Alhamdulillah bertemu kembali minggu baru dan kedua di bulan ramadhan ini..bagi anak2 yang berpuasa mesti dah dapat sesuaikan diri... dan bagi ibu2, terutamanya surirumah...pelbagai menu dalam kepala untuk dipersembahkan kepada keluarga kan... minggu ni juga ramai yang telah mula membuat pelbagai biskut raya
Rakan2 umi yang anak ramai lebih puas hati buat sendiri biskut2 raya kerana lebih berbaloi...kalau beli, tak cukup la jawabnya...itu semua terpulang pada individu la kan..umi belum buat apa2 persediaan lagi...takut habis awal hehe....
Hari ni umi nak kongsikan satu kuih kegemaran umi sepanjang tahun...kiuh kole kacang..resepi dari blog Abg Ady jauh dari seberang tambak...minta halal ya resepinya abg ady...ini kali pertama umi buat..selalu beli je...pengalaman pertama buat tahi minyak...tapi umi suka sebab boleh makan banyak2 banding yang beli hanya sedikit...ok la semak apa yang diperlukan?

Jom Cuba : Kole Kacang Ady

Apa yang diperlukan?

500 gram tepung kacang hijau
250 gram gula hitam (gula timbang)
100 gram gula pasir
1 kg santan pekat dalam paket, dijadikan tahi minyak
1 sudu makan pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)- tak letak
500 ml santan kotak
1500 ml air
1 loyang 12 x 12 inci disapu sekelilingnya dengan minyak kelapa
 
Jom Cuba!
  1. Gula hitam dimasak dengan 400 ml air dan ditapis. 
  2. Kemudian campurkan dengan santan kotak, sedikit garam, gula pasir dan 1500 ml air. 
  3. Masak sehingga mendidih. 
  4. Masukkan pewarna, gaul rata dan matikan api. Tunggu sebentar sehingga ia separuh sejuk, baru masukkan tepung kacang hijau. Kacau sehingga adunannya rata dan tidak bergentel. 
  5. Hidupkan semula api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan. Diperingkat ini, adunannya akan meletup-letup. 
  6. Sapukan sedikit minyak kelapa, supaya kuihnya kelak akan cantik dan berkilat. Kacau lagi sehingga matang dan sebati. Matikan api. 
  7. Masukkan adunan kedalam loyang, ratakan. Sapukan sedikit lagi minyak kelapa diatasnya dan tabur rata dengan tahi minyak. Biarkan ia sejuk baru dipotong.

 Untuk membuat tahi minyaknya, santan pekat tu hendaklah dimasak dalam kuali. Pada permulaannya buka api yg agak sederhana besarnya sambil dikacau2 sekali sekala. Bila santan memekat dan 'bergentel-gentel', kecilkan api dan kacau2 lagi sehinggalah akhirnya, ia menjadi tahi minyak yg berwarna perang.
 

Friday, July 27, 2012

Daging Goreng Kunyit My Style














 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Alhamdullillah bertemu kita semula di dalam blog yang sempoi ni..hari ni umi nak kongsi satu menu mungkin biasa bagi sahabat2 umi cuma ini menjadi kegemaran keluarga kecil umi dahulu, kini dan harap2 selamanya...macam2 cara orang masak daging goreng kunyit tapi ini cara umi dan keluarga umi suka berkuah atau minyak sedikit..untuk yang diet, sila kurangkan kuahnya ya...nanti hilang la diet2 tu..hehe






Cara umi masak juga seperti biasa umi suka yang simple dan sedap...kalau makan dengan nasi panas2..jawabnya bertambah2 la suami umi makan..umi masak untuk sahur dan umi prepare bahan2 malam.. tapi umi masak pukul 4.30 pagi untuk sahur..umi suka masak yang fresh untuk sahur agar lebih baik untuk tubuh badan walaupun berminyak, tak ingat la tu..ok la, harap2 apa yang umi kongsikan boleh dimanfaat..jom tengok umi's stylr daging goreng kunyit...

Jom Cuba ; Daging Goreng Kunyit My Style

Apa yang diperlukan?
500 gram daging
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
7 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3 biji bawang putih, dihiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
2 biji kentang, dihiris bulat2 dan digoreng dulu

100gram kacang buncis, dipotong panjang2

Jom Cuba!
  1. Daging direbus seketul dalam pressure cooker hingga empuk. Bila sudah masak, ketepikan.
  2. Kemudian, hiris daging nipis2, Lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang2nya 20 minit.
  3. Masukkan hirisan bawang merah kecik dan bawang putih, goreng hingga lembut. Masukkan pula hirisan bawang besar, kacang buncis dan hirisan cili merah. 
  4. Masukkan daging, goreng hingga daging sedikit garing.Masukkan kentang kemudian gaul rata dan goreng hingga semua garing. Perasakan garam. Angkat dan hidangkan panas.

Thursday, July 26, 2012

Puding Nata & Two Melon

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Alhamdulillah telah enam hari kita menjalani ibadah puasa tapi jangan kita lupa untuk bersedekah al-fatihah untuk yang telah tiada...Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda umi, Alias bin Jamal...Kali pertama kami sekeluarga menyambut ramadhan tanpanya disisi...mungkin ada yang mencemuh umi tapi blog umikan sebagai diari umi, jadi umi ingin abadikan sedikit catatan berkenaan ayahanda umi..maaf jika beremosi sedikit..
Baiklah..berbalik dengan resepi puding nata & two melon ni asalnya Puding tapai ubi dan rock melon oleh zila...ampun zila ya sebab umi ubah kerana bahan tu je yang ada dirumah kecil ni...nanti kalau umi tulis nama puding yang sama ada yang bertanya mana tapai ubinya...hehe..tapi umi 'kepil'kan sekali versi zila dan versi umi ya..terima kasih zila sebab puding ni sedap sangat dan keluarga kecil umi ni suka sangat dan minta  buat lagi...puding ni sesuai untuk berbuka puasa...
Puding Tapai ubi dan rock melon
Sumber; Zila4ever
 
Bahan kuah puding
1 tin susu cair atau susu segar
2/3 cawan gula pasir atau gula merah
1/2 cawan air
1 sudu teh essen vanilla
1 helai daun pandan


Bahan Kuah 
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, perasakan kemanisannya..sejukkan.
 
Jom Cuba : Puding Nata & Two Melon
 
Bahan kuah puding
1 tin susu cair atau susu segar
1/2 cawan air
1 sudu teh essen vanilla
1 helai daun pandan
 
Buah-Buahan
2 cawan nata de coco dan kuahnya sekali
Buah tembikai susu secukupnya - potong dadu
buah rock melon secukupnya- potong dadu


Cara penyediaan Kuah 
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, perasakan kemanisannya..sejukkan.
 
Untuk hidang
Campurkan buah-buahan kedapa mangkuk kuah dan kacau sebati..sedia untuk dihidang...enjoy...

Wednesday, July 25, 2012

Classic Durian Cheesecake

 Assalamualaikum dan selamat malam
Mohon ampun dan maaf sebab lam dah tak update disebabkan masalah internet sikit...nak komen pun boleh malam je..sedang usaha mengupdatekan blog yang tak apa2 ni...Harap umi sekeluarga belum terlambat nak ucapkan salam ramadhan kepada semua rakan2 umi di blog ni sama ada kenal atau tidak...baru atau lama kerana semuanya sahabat sejati umi untuk teruskan berblog...
ada juga niat nak berhenti berblog tapi sayang pulak...maklum la umi tak pandai tulis diari..jadi ni la diari dan buku masakan untuk rujukan bila umi dah tiada untuk anak2 umi dan keluarga...dah melalut ni..ok la umi buat classic durian cheesecake sempena hari lahir pengasuh anak2 umi iaitu kak yang pada minggu lepas...kak yang memang sukakan kek yang berasaskan durian lebih2 lagi kek keju...umi buat bersama-sama anak bungsu kak yang..kira projek suprise untuk mamanya di rumah umi...seronok bila kak yang agak 'terharu''...hehe..umi plak tak pernah rasa kek keju durian klasik ni..first time la juga buat dan rasa..eh, sedap la....seperti biasa umi amik resepi dari blog Mat Gebu..moh semak....
 caption : masa mama tengah potong kek, ramainya yang tunggu
 caption ; seronokkan bila makan kek ramai2..siap tambah2 lagi..hehe
Selamat Lahir Mama, nanti kita buat lagi ya...yang layer2 pulak ya...hehe

Jom Cuba : Classic Durian Cheesecake

BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie) - umi guna biskut oreo yang dah hancur
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung

P1310250P1310254
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan. - umi guna springform tin, jadi skip langkah ni
  2. UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
  3. UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
  5. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan...

Monday, July 16, 2012

Bubur Lambuk Daging + Telor Masin Kak Jee

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Apa khabar? Semoga semua yang sudi berkunjung di blog umi ni sihat walafiat dan sedang bersedia untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia tidak lama lagi...tak sampai seminggu lagi kan....
Al kisahnya buat bubur ni semalam kerana terliur sangat bila kak jee sebut, ramai yang suka bubur ni...umi memang suka makan bubur..lebih2 lagi bubur lambuk..tapi bubur lambuk ni tak masin walaupun guna telur masin sebagai bahan...betul kata kak jee..memang bubur ni sedap...nazirah dan ahnaf pun makan bertambah2...sesiapa yang nak resepi, umi tampalkan kat bawah ni ya...selamat mencuba....
Jom Cuba : Bubur Lambuk Daging + Telor Masin Kak Jee

Apa yang diperlukan?

  • secawan beras
  • daging ikut suka banyak mana
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • kayu manis & bunga lawang
  • telor masin
  • ½ cawan pati santan
  • garam dan aji (kalau perlu)
  • minyak bijan


Jom Cuba!

  1. cuci beras. kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus. kjee ni guna pressure cooker. 10 minit jer. masukkan sekali dengan daging tau dalam periuk tekanan udara tu. 
  2. kemudian bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. tapi kalo satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit. 
  3. apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. kacau perlahan2 takut telor kuning pecah. guna senduk dan angkat telor masin  utk pastikan ia sudah masak. rasalah. kalo perlu letak garam, letakklah sikit. ada suka bubuh kicap cair sewaktu makan. ada suka bubuh sikit msg masa masak. kemudian tutuplah api. 
  4. tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. tumis darat orang kata? hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang ker atau bawang goreng. jgn lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.

Friday, July 13, 2012

Mee Goreng Kicap Ringkas

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Pejam celik...pejam celik... dah bertemu kembali dengan hari Jumaat yang penuh barakah...tapi umi dilanda kemalasan yang amat sangat...masak pun nak yang ringkas2 je ...lebih baik yang campak2....
 Campak pulak sebarang campak tapi cara Mat Gebu goreng mee kicap yang ringkas...anak2 pun suka sebab tak pedas...anak2 umi lebih suka kalau ada telur dan lebih banyak udang serta fish cake...hehe.. meriah mee kicap umi yang ringkas...sperti biasa umi amik resepinya dari blog DTS...
 Jom Cuba : Mee Goreng Kicap Ringkas


Apa yang diperlukan?
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, cuci dan toskan - umi tak letak
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, toskan
50 gram udang
1 ikat sayur sawi
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan air
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos tiram, udang dan tauhu, kacau rata dan tolak ketepi kuali. Masukkan telur dan biar mengeras, kacau hancur dan gaul.
  2. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sedikit sos ikan. Tambah air dan, kacau dan masukkan mi kuning, gaul rata dan jika nak lebih gelap, tambah sedikit lagi kicap pekat. Masukkan taugeh dan gaul rata. Rasa dan jika perlu tambah sos ikan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Juga sedap dimakan bersama cili hijau jeruk atau sos cili dan juga ulam timun..

Thursday, July 12, 2012

Bubur Kacang Durian & Biskut Cheese

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Apa khabar? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah...Dah sarapan? Umi baru je makan bubur kacang durian...al maklum la bila musim durian, ini salah satu menu yang umi suka buat...makan suam2 dengan biskut cheese yang lemak2 masin...sedap je masuk ke tekak ni...
Pastu bila ada lebih, umi buat jadi aiskrim malaysia versi kacang hijau...musim panas ni, sejuk tekak...tapi kena la buang biji duriannya dulu ya..tak muat masuk dalam plastik aiskrim tu nanti...sedap tau...ok la umi kesuntukan masa nak tulis panjang2...umi tepekkan resepi Blog Dapur Tanpa Sempadan yang umi selalu guna untuk baut bubur kacang durian ni...selamat mancuba...
Jom Cuba : Bubur Kcang Durian
 
Apa yang diperlukan?
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam 4 - 5 jam (kalau guna pressure cooker tak perlu rendam)
1/2 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya
1/2 camca teh garam
Gula (jika kurang manis)
Air jika perlu
Jom Cuba!
  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dan kembang. Masukkan air gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau rata. Tambah durian dan biar mendidih. Masukkan garam dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Dan jika suka bubur kacang cair, tambah air secukupnya. Masak sekejap.
  2. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut tawar. Sedap juga dimakan sejuk. Kalau tak habis, boleh dijadikan aiskrim malaysia.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda gunakan pressure cooker atau periuk tekanan, masa yang diambil untuk merebus kacang hijau sekitar 6 - 7 minit dan tak perlu direndam dahulu.

Wednesday, July 11, 2012

Pop Cake ....sedapnya

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Coklat lagi...jangan jemu pulak ya...hari ni umi nak kongsi resepi pop cake...first time umi buat...dah lama 'mengidam' nak buat pop cake ni...hasilnya sedap cuma rupanya je kurang sikit...tangan umi ni keras la..tak berseni...
Umi guna kek coklat kak shahriah yang memang umi sengaja tinggalkan sedikit untuk buat pop cake ni...ada 4 ketul kek cawan dan umi adjustkan resepi mengikut kuantiti yang umi ada la...seronok bila dapat 'main pondok2' dengan anak2 terutamanya nazirah yang sibuk sangat nak jadi chef junior...ahnaf pulak, sprinkle warna warni tu lebih masuk ke mulut berbanding hias kat pop cake tu...habis comot anak2 umi tu..tapi yang lebih penting masa masak sama2...ops lupa resepi ni umi ambil dari myresepi.com oleh sevenoktober...terima kasih yang empunya resepi...moh la tengok bahan2nya....

 Jom Cuba : Pop Cake

 Apa yang diperlukan? ( 20 biji ++ )

  • Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)- umi guna kek coklat kak sha
  • 50g butter (unsalted)
  • Sprinkle warna warni
  • Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cm
  • Chocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
  • Kotak polistrene
  • 1.5 tbsp Shortening / butter
  • Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing. (contohnya)
  • 1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
  • 2- Sprinkle warna-warni
  • 3- Chocolate rice
  • 4- Eadible Beads
  • 5- Smarties / M&M

Jom Cuba!

  1. Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
  2. Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.
  3. Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.
  4. Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.
  5. Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.
  6. Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.
  7. Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.
  8. Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
  9. Cake Pop anda dah siap dihias! Boleh juga dibungkus dengan plastik dan dinikmati bersama yang tersayang waktu menonton TV.

 Seronoknya anak umi ni kan...umi lagi seronok....

Tuesday, July 10, 2012

Coklat Oreo Upin & Ipin

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Pagi2 dah tayang coklat kan...buat rosak gigi anak2 je...jadi pesan penaja, sila gosok gigi setelah selesai makan coklat...hehe
Dah lama nak buat coklat oreo ni tapi asyik tertangguh je sebab biskut oreo dah abis sebelum jadi coklat...bukan setakat anak2...ayah anak2 pun sama jugak...sila celup dalam susu ya bila makan biskut oreo...
 
 Tengok je ya..anak2 umi makan coklat oreo...nak bagi dah abis...konon2 aksi manja la makan coklat tu...
 Cuba tengok isi coklat oreo yang sedap tu...ditambah dengan gambar upin & ipin kegemaran...
Tengok tu..kak nazirah dah cop dulu..takut adik abis kan semua...ops lupa, resepinya umi ambil dari blog kak azlita aziz...kalau nak tengok step by step...tengok la kat link ni ya...tq kak ita...
Jom Cuba : COKLAT OREO
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat















Apa yang diperlukan?
  • 300 gm coklat susu kompaun
  • 1 bungkus biskut oreo
  • Edible Imej secukupnya.
Jom Cuba!
  1. Coklat susu kompoun di racik halus
  2. Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
  3. Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
  4. Masukkan coklat dalam piping bag
Cara
  1. Mula-mula sediakan acuan seperti di bawah.

2. Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.

3. Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja

4. Kemudia ketuk-ketukkan acuan  atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar

5. Selepas itu, susunkan biskut oreo.

6. Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar  sedikit.

7. Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.

8. Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit.

9. Simpan dalam peti ais hingga mengeras.

10. Setelah keras keluarkan dari acuan.

11. Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya



12.Sediakan Edible Imej yang kita suka.

13. Sapukan sedikit coklat di belakangnya.

14. Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi. Kemaskan.



Monday, July 9, 2012

Chocolate Cup Cake Kak Shahriah

 Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua pengunjung umi's cup cake..harap semuanya sihat alhamdulillah... semoga ceria dan tidak monday blues...hari ni kita monday red..hehe
Semerah buah strawberi yang menghias kek cawan coklat mudah yang umi cuba dari blog yang femes iaitu blog kak shahriah...kak sha memang suka merah...umi pun suka jugak..hehe
kek yang amat mudah dan umi buat khas untuk kawan2 di opis umi...terutama sekali ainilhusna namanya..masih single...ada yang berkenan? boleh la umi risikkan....pasal rasa kek cawan ni.. alhamdulillah, mereka puas hati...
jadi umi tepek plak kat sini untuk rujukan semua....

Jom Cuba : Chocolate Cup Cake Kak Shahriah

Apa yang diperlukan? 

1 cawan minyak canola oil
1 cawan brown sugar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat manis
3 biji telur

*BAHAN AYAK*

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 cubit soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko *van hauten*

Jom Cuba!

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan putarkan dengan mixer dengan kelajuan maxsimum selama 10 minit. 
  2. Atau sehingga adunan gebu dan sebati, gula hancur. 
  3. Masukkan ke dalam acuan cup cakes. 
  4. Panaskan ketuhar dengan suhu 170'C selama 15 minit. 
  5. Masukkan cup cakes dan bakar selama 20 minit. 
  6. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu!!


Friday, July 6, 2012

GA Pengunjung Ke 50,000

Assalamualaikum dan selamat petang

Umi tak pernah buat GA dan buat julung kalinya umi nak buat GA untuk mengunjung blog Umi's Cup Cake yang picisan je ni...Sepatutnya umi nak buat GA masa ulang tahun blog tapi kerana kesibukan... terbiar je, untuk tebus balik...umi nak buat GA untuk pengunjung yang dapat print screen kunjungan yang ke 50,000 dan hantarkan maklumat kepada umi...

Jika tiada yang dapat print screen....mana2 pengunjung yang hampir akan umi pilih...umi harap ada yang dapat join GA pertama dari umi ni ya...semoga GA ni menambahkan ukhwah sesama kita....

Harap dapat pengunjung yang bertuah tersebut.... SIAPA TU?

Hadiahnya dalam perancangan, insyaAllah...berbaloi

Wednesday, July 4, 2012

Roti dari ManisManis

Assalamualaikum dan selamat pagi
Semalam ada niat nak buat roti..sebab lama tak meroti...tetiba nampak di blog ManisManis (Ayin) buat roti yang nampak gebu sangat..apa lagi, balik kerja terus mintak Bibik Malaysia tolong ulikan...ye la kalau uli sendiri, mau tak tido malam nak tunggu kembang lagi...untuk kembangkan pula, umi panaskan oven dalam 10 minit dan biarkan roti teruskan proses mentembamkan diri...
Hasilnya pagi ni umi bfast roti dan butter...anak2 lebih suka makan dengan jem manis...ada jam blueberry dan coklat untuk sapuan..Terima kasih ayin atas resepi yang enak ini..puas makan bila buat sendiri kan...jom tengok resepinya...
Jom Cuba : Roti Dari ManisManis
Apa yang diperlukan?
  • 300 gram tepung protein tinggi
  • 75 gram gula pasir
  • 2 butir kuning telur
  • 1 1/2 sdt ragi instan 
  • 1 sdm susu bubuk
  • 150-170 ml susu segar
  • 50 gram mentega
  • 1 sdt garam
  • Isi dengan keju parut

Jom Cuba!
  1. masukan semua bahan kecuali mentega dan garam(masukan susu segar jangan sekaligus,sedikit demi sedikit sampai pas),uleni hingga setengah kalis 
  2. masukan mentega dan garam,uleni lagi hingga kalis elastis 
  3. diamkan adonan hingga mengembang selama 1 jam 
  4. bagi bagi adonan sebesar 70 gram( berat adonan sesuai selera),bulatkan,diamkan lagi 10 menit
  5. isi dengan kuju parut dan bentuk sesuai selera
  6. diamkan hingga mengembang 2 kali
  7. oles dengan kocokan telur yang ditambahin sedikit air,taburi dengan keju parut 
  8. panggang hingga matang



Monday, July 2, 2012

Selamat Hari Lahir Ahnaf ke 2 Tahun & Rainbow Cupcake Angry Bird

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Bertemu kembali kita minggu baru...alhamdullillah..selesai sudah tugasan umi setiap tahun untuk buat kek untuk meraikan hari lahir keluarga kecil umi ni...semalam hari lahir ahnaf yang ke 2 tahun...

 
Umi buatkan kek pelangi tema angry bird...sesuai untuk besday boy...
 
Ok, sekarang semua angry bird ambil tempat duduk masing2
 Semua angry bird sila jaga telur supaya tak kena ambil
 
 Kek pelangi angry bird dah siap...untuk besday boy
 Senyuman besday boy umi... Muhammad Ahnaf
RAINBOW CAKE
Rujukan : Azlita Masam Manis

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Jom makan2 kat rumah mama yang