Monday, July 2, 2012

Selamat Hari Lahir Ahnaf ke 2 Tahun & Rainbow Cupcake Angry Bird

 Assalamualaikum dan selamat pagi

Bertemu kembali kita minggu baru...alhamdullillah..selesai sudah tugasan umi setiap tahun untuk buat kek untuk meraikan hari lahir keluarga kecil umi ni...semalam hari lahir ahnaf yang ke 2 tahun...

 
Umi buatkan kek pelangi tema angry bird...sesuai untuk besday boy...
 
Ok, sekarang semua angry bird ambil tempat duduk masing2
 Semua angry bird sila jaga telur supaya tak kena ambil
 
 Kek pelangi angry bird dah siap...untuk besday boy
 Senyuman besday boy umi... Muhammad Ahnaf
RAINBOW CAKE
Rujukan : Azlita Masam Manis

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Jom makan2 kat rumah mama yang





6 comments:

  1. salam...nak mintak resepi kek tu... :) ... nti boleh buat kek tu utk besdaya ank bulan ni...

    ReplyDelete
  2. Salam..umi dah letak resepinya..Happy Birthday untuk anak nanti

    ReplyDelete
  3. Muhammad Ahnaf Selamat Ulang Tahun cayangg... moga membesar dengan ceria, sihat tubuh badan, jadi anak yang soleh dan suksess selamanya.. Amin.. bestnya ada kek angry birds dengan baju rimau tu waduhh comelnya dia.. muahzz kiss dari Auntie sha yaa cayang dia!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih aunty sha dari muhammad Ahnaf...sayang aunty sha juga...

    ReplyDelete
  5. salam singgah ziarah sini..gebu nya roti tu..molek je naik..:-)

    ReplyDelete
  6. Salam sury_masury...terima kasih singgah

    ReplyDelete