Assalamualaikum dan selamat tengahari
Apa khabar? Alhamdulillah bertemu kembali minggu baru dan kedua di bulan ramadhan ini..bagi anak2 yang berpuasa mesti dah dapat sesuaikan diri... dan bagi ibu2, terutamanya surirumah...pelbagai menu dalam kepala untuk dipersembahkan kepada keluarga kan... minggu ni juga ramai yang telah mula membuat pelbagai biskut raya
Rakan2 umi yang anak ramai lebih puas hati buat sendiri biskut2 raya kerana lebih berbaloi...kalau beli, tak cukup la jawabnya...itu semua terpulang pada individu la kan..umi belum buat apa2 persediaan lagi...takut habis awal hehe....
Hari ni umi nak kongsikan satu kuih kegemaran umi sepanjang tahun...kiuh kole kacang..resepi dari blog Abg Ady jauh dari seberang tambak...minta halal ya resepinya abg ady...ini kali pertama umi buat..selalu beli je...pengalaman pertama buat tahi minyak...tapi umi suka sebab boleh makan banyak2 banding yang beli hanya sedikit...ok la semak apa yang diperlukan?
Jom Cuba : Kole Kacang Ady
Apa yang diperlukan?
500 gram tepung kacang hijau
250 gram gula hitam (gula timbang)
100 gram gula pasir
1 kg santan pekat dalam paket, dijadikan tahi minyak
1 sudu makan pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)- tak letak
500 ml santan kotak
1500 ml air
1 loyang 12 x 12 inci disapu sekelilingnya dengan minyak kelapa
Jom Cuba!
- Gula hitam dimasak dengan 400 ml air dan ditapis.
- Kemudian campurkan dengan santan kotak, sedikit garam, gula pasir dan 1500 ml air.
- Masak sehingga mendidih.
- Masukkan pewarna, gaul rata dan matikan api. Tunggu sebentar sehingga ia separuh sejuk, baru masukkan tepung kacang hijau. Kacau sehingga adunannya rata dan tidak bergentel.
- Hidupkan semula api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan. Diperingkat ini, adunannya akan meletup-letup.
- Sapukan sedikit minyak kelapa, supaya kuihnya kelak akan cantik dan berkilat. Kacau lagi sehingga matang dan sebati. Matikan api.
- Masukkan adunan kedalam loyang, ratakan. Sapukan sedikit lagi minyak kelapa diatasnya dan tabur rata dengan tahi minyak. Biarkan ia sejuk baru dipotong.
Untuk
membuat tahi minyaknya, santan pekat tu hendaklah dimasak dalam kuali.
Pada permulaannya buka api yg agak sederhana besarnya sambil dikacau2
sekali sekala. Bila santan memekat dan 'bergentel-gentel', kecilkan api
dan kacau2 lagi sehinggalah akhirnya, ia menjadi tahi minyak yg berwarna
perang.
salam Umi.
ReplyDeleteNampak sedap kuih kacang Ady tu.Tp k.atie xbape gemar ngan kuih ni :D
Alhamdulilah,dah slmt sampai.Semoga berpuashati ya & slmt menggunaknya.
Klu ada kengkawan nk pemangang..colling2 k.atie ya.
Terima kasih sudi berurusan dgn k.atie
Salam kak azatie,
ReplyDeletememang sedap kak..nnt kalau ada nak bli, umi bgtau ya..
salam syg umi,
ReplyDeleterajinnya wat kole kacang..tabikk sprinng tau..rasanya bukan senang nk wat kan..tinggal mkn mmg senang jew..ha hahhacam kita:)
Salam zila sayang,
ReplyDeleteumi memang suka makan kole kacang..buat sendiri boleh makan puas2..