Assalamualaikum dan selamat malam
Mohon ampun dan maaf sebab lam dah tak update disebabkan masalah internet sikit...nak komen pun boleh malam je..sedang usaha mengupdatekan blog yang tak apa2 ni...Harap umi sekeluarga belum terlambat nak ucapkan salam ramadhan kepada semua rakan2 umi di blog ni sama ada kenal atau tidak...baru atau lama kerana semuanya sahabat sejati umi untuk teruskan berblog... ada juga niat nak berhenti berblog tapi sayang pulak...maklum la umi tak pandai tulis diari..jadi ni la diari dan buku masakan untuk rujukan bila umi dah tiada untuk anak2 umi dan keluarga...dah melalut ni..ok la umi buat classic durian cheesecake sempena hari lahir pengasuh anak2 umi iaitu kak yang pada minggu lepas...kak yang memang sukakan kek yang berasaskan durian lebih2 lagi kek keju...umi buat bersama-sama anak bungsu kak yang..kira projek suprise untuk mamanya di rumah umi...seronok bila kak yang agak 'terharu''...hehe..umi plak tak pernah rasa kek keju durian klasik ni..first time la juga buat dan rasa..eh, sedap la....seperti biasa umi amik resepi dari blog Mat Gebu..moh semak....
caption : masa mama tengah potong kek, ramainya yang tunggu
caption ; seronokkan bila makan kek ramai2..siap tambah2 lagi..hehe
Selamat Lahir Mama, nanti kita buat lagi ya...yang layer2 pulak ya...hehe
Jom Cuba : Classic Durian Cheesecake
Sumber : Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie) - umi guna biskut oreo yang dah hancur
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan
BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie) - umi guna biskut oreo yang dah hancur
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan
BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan. - umi guna springform tin, jadi skip langkah ni
- UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
- UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
- Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
- Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan...
salamsyg umi,
ReplyDeleteselamat berpuasa yer..patutlh lama myepi..tenet pblm :)..hpy bthday wat mama umi yer:)cantik kek tue.
Salam zila sayang,
ReplyDeleteselamat berpuasa zila...tu la. x best internet prob..kek tu biasa je zila...mama ckp tq zila