Wednesday, February 22, 2012

Doh Aneka Roti

Assalamualaikum dan selamat pagi

Tembam kan roti ni..hehe, macam pipi umi jugak...teringat nenek umi cakap "roti ni tembam macam tuan dia"...nak baut macam mana memang badan macam dipam2...roti ni umi makan dengan bubur kacang durian selain dari roti putih biasa tu...roti ni sebenarnya roti asas untuk roti berinti manis...cuma umi gantikan dengan keju parut untuk rasa lemak2 masin sikit...


Resepi asal ialah dari kak Reen Khan iaitu Doh Aneka Roti yang menggunakan inti kacang merah dan ditaburkan bijan diatasnya...ia boleh diperbagaikan mengikut kreativiti dan selera masing2 ya...jom la semak resepi mudah ni...


Jom Cuba : Doh Aneka Roti

Apa yang diperlukan?

  • 250 gm tepung high protein
  • 50 gm gula halus
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/4 sudu teh bread improver
  • 1/4 sudu teh bread softener
  • 30 gm telur (pukul sebiji telur dan timbang 30 gm)
  • 6 gm yis
  • 125 ml air suam
  • Inti kacang merah secukupnya - umi ganti dengan keju parut
  • Telur lebihan tadi masukkan 1 sudu kecil susu pekat gaul sebati
  • Bijan untuk ditabur di atas roti-umi tak letak

Jom Cuba!
  1. Satukan semua kecuali air. Gaul rata dan tuang sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
  2. Uli sehingga doh menjadi elastik, lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Uli lagi tanpa henti selama 10-150minit.
  4. Rehatkan doh sebentar.
  5. Ambil doh dan tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  6. Bahagikan doh menjadi kecil dan masukkan inti kacang merah. -umi masukkan keju parut.
  7. Leperkan dan gunting sekeliling sehingga menjadi seperti bunga. -umi tak buat, cuma bulat2 kan je.
  8. Panaskan oven 190 c selama 10 minit.
  9. Sapukan lebihan telur tadi dan taburkan bijan.
  10. Bakar selama 25 minit atau sehingga kuning keemasan.


2 comments:

  1. Salam..emmmm comel molat-molat jee roti ni...kalau makan ngan kaya pun sedap juga ni....Lagi ada kopi panas....

    ReplyDelete
  2. Salam Sue,
    mulat2 mcm umi kan sue..a'ah memang sedap makan dengan kaya sambil menghirup kopi panas...nak2 waktu hujan kan sue

    ReplyDelete