Thursday, February 23, 2012

Muffin Coklat Moka

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah, dapat juga umi update blog di pagi khamis yang indah ini...sebelum tu mari kita baca doa hari khamis yang umi ambil dari blog Cina Islam iaitu

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang Mengusir Malam yang gelap dengan kudrat-Nya
Yang Menghadirkan Siang yang terang dengan rakhmat-Nya
Yang Menutupku dengan cahayaNya, dan membawa padaku nikmat-Nya

Ya Allah, sebagaimana telah Kau lestarikan aku di siang ini, lestarikan aku pada siang lain seperti ini

Sampaikan shalawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya,Jangan Kau celakakan aku hari ini dan hari yang lain malam atau siang, dengan perbuatan yang terlarang dan kelakuan yang tercela

Berikanlah padaku kebaikannya, dan kebaikan apa pun di dalamnya, Palingkan dariku kejelekannya dan kejelekan apa pun di dalamnya dan kejelekan apapun sesudahnya

Ya Allah, dengan perlindungan Islam, aku tawasul pada-Mu dengan kemuliaan Al Qur’an, aku bersandar pada-Mu, dengan Muhammad al-Musthafa saw, aku mohon pertolongan-Mu

Ya Allah, berikan perlindungan padaku yang dengannya kuharapkan untuk mencapai hajatku, wahai Yang Terkasih dari segala yang mengasihi

Ya Allah, tetapkan bagiku pada hari Kamis, lima hal yang tak kan tercapai kecuali dengan kemurahanMu, yang tak kan tergapai kecuali dengan kenikmatanMu:

Keselamatan yang memperkuat ketaatan pada-Mu
Ibadah yang memastikan kelimpahan pahala-Mu
Keleluasaan lantaran rezeki yang halal
Kau tenteramkan aku di tempat ketakutan dengan perlindunganMu

Kau lindungi aku dari gundah-gulana dengan benteng-Mu.

Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Jadikanlah tawasulku dengannya syafaat yang berguna di hari kiamah

Sungguh, Engkaulah Yang Terkasih dari segala yang mengasihi.

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah saw.

(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Amin amin ya rabbal alamin...setelah kita doa, umi nak cerita mengenai satu resepi yang telah memikat hati umi semalam masa jenguk2 mukabuku....resepi dari kak reen khan(lihat gambar dibawah)

dek kerana tak tahan melihat muffin kak reen, malam tadi umi pun dengan kadar yang amat segera...mula kan projek me'muffin'...semerbak bau seisi rumah, alhamdulillah...muffin ini sangat sedap dan lembut...aroma kopinya menaikkan lagi selera umi sekeluarga...jom tengok2 resepinya...



Jom Cuba : Muffin Coklat Moka

Apa yang diperlukan?

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil paste kopi /nescafe 3 in 1
  • Hirisan badam secukupnya - umi tambah

Jom Cuba!

1- Campur semua bahan di atas & kacau rata - Cara umi, satu bahan2 basah dalam satu mangkuk dan bahan2 kering dalam mangkuk yang lain. gaul sebati setiap mangkuk, kemudian satukan bahan2 basah dan kering. Kacau rata.

2- Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas

3- Boleh di bakar 20 ~ 25 minit..@ sehingga masak

4-Suhu 180°C selama 25 minit api atas bawah

8 comments:

  1. Wah macam janji aje dengan Reen....namapak sedap umi and terima kasih tentant dua hari Khamis ini...bolehla diamalkan,....kalau wirid selawat ke atas nabi aje boleh kan...panjang sangat doa tu

    ReplyDelete
  2. semalam umi tengok resepi masa kak reen post kan..hehe...selawat atas nabi pun cukup kak..doa ini untuk kita kongsi sama2..

    ReplyDelete
  3. salam umi...bestnya resepi mapin ni, xguna telur kan...jimat telur kat umah....hihihihii

    ReplyDelete
  4. a'ah kak liza..bahan2 pun senang dan memang ada kat rumah..baunya, masyaAllah memang memikat..cuba la kak liza yang rajin

    ReplyDelete
  5. umi, resepi ni tak de telur ye? stil gebu elok ye? mcm nak try je 1 day/.. nak simpan resepinya

    ReplyDelete
  6. memang kak izah..tapi hasilnya tetap gebu dan sedap..simpan, jgn tak simpan...

    ReplyDelete
  7. asalamualaikum
    wow yummy2 kan muffin .. terima kasih sudi mencuba resepi yang mudah ni dan paling penting sedap ..

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam kak reen,
    umi memang minat resepi kak reen...cuma kadang2 masa agak terbatas..muffin ni pulak amat menggoda..terima kasih sebab sudi kongsi resepinya

    ReplyDelete