Assalamualaikum dan Selamat pagi
Ada khabar gembira iaitu jiran Umi, Shamsiah telah selamat melahirkan seorang putera semalam setelah mempunyai 3 orang puteri... Alhamdulillah... bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W... penantian seorang anak lelaki amat mengembirakan jiran umi... sempat juga lah Shamsiah makan puding karamel yang dia teringin sangat sebelum bersalin... umi belum pernah buat puding karamel tapi bila mendengar yang shamsiah terpaksa pergi beberapa tempat pun tak jumpa...
Comel kan baby boy ni |
umi pun google la resepi yang tak ada telur memandangkan hari sudah malam dan kebetulan semua telur ayam telah habis umi gunakan untuk buat kek...tapi janji Allah, rezeki tetap rezeki kan? dapatlah shamsiah makan sebelum bersalin... lega rasa bila katanya puas makan... takut juga tak menjadi.. respi umi ambil dari Teratak Mutiara Kasih... Terima kasih atas perkongsian ini...
RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber: Lina pg
Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
- 2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan B (Puding)
- 1 paket agar-agar serbuk 10g
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 3sb tepung kastard
- 1 suk esen vanilla
- Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
- Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
- Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
- Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais
salam siti
ReplyDeleteada jugak puding yg tak pakai telur siti..npk cantik puding karamel yg siti buat ni ..rajin siti, malam2 buat puding..
salam..
ReplyDeletecomel ja baby tu..macam muka korean pun ada..hihi..apapun, puding ni nampak menarik untuk dicuba..mesti sedap kam..
Salam Abg Ady,
ReplyDeletesiti bukan la rajin sangat tapi kesian plak baby dalam perut nak makan
Salam Bbwana,
ReplyDeleteComel kan? puding ni umi tak sempat nak rasa pun..tapi akan buat lagi
Comelnya baby..alhmdulillh dpt jgk jiran tu merasa kn..nmpk cantik jew puding tu..
ReplyDeleteAssallamualaikum Umi..
ReplyDeleteWah mesti seronok kan bila dapat seorang putera selepas dianugerahkan 3 org puteri.. Tahniah buat jiran Umi tu yer..
Bagus gak ada resepi puding karamel tanpa telur ni..hihihii jimat telur kat rumah..kih..kih..kih
Zila sayang,
ReplyDeleteramai yang cakap baby ni macam orang korea...
Waalaikumsalam Nazdz,
ReplyDeleteMemang seronok sangat... nama baby ni Ahmad Qayyum..
Ramai kawan yang nak resepi ni sbb tak ada telur...
zzzzz2018.8.14
ReplyDeleteoakley sunglasses wholesale
pandora jewelry
coach outlet online
adidas nmd runner
ugg boots on sale 70% off
ultra boost
ugg boots uk
kate spade outlet online
ray ban sunglasses
jordans