Thursday, May 23, 2013

Cucur Udang Adabi & Kopi O

Assalamualaikum dan selamat pagi
Pernah tak baca novel cucur bawang & Kopi O? Hasil tulisan penulis novel Lelaki... yap LELAKI tau..ha, jangan tak percaya..penulisnya ialah Encik Hasrudi Jawawi... Novel keluaran Karangkraf ini memang menarik jalan ceritanya...sinopsis ceritanya macam ni,
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?



Umi pinjam novel ni dari ibu umi..hehe.. asyik teringat-ingat cucur yang disebut2 tu... bila baca macam sedap sangat je cucur bawang.. lebih enak bila minum dengan kopi o.. umi memang minat minum kopi o macam arwah ayah umi... di Johor ada kopi yang dipanggil Kopi 434.. memang mengasyikkan...bila makan cucur, mula la teringat novel ni...tapi hari ni umi cuma kongsikan cucur udang segera adabi je.. nak resepi cucur bawang, Klik Sini.. selamat mencuba...


Resepi : Cucur Udang Adabi
Oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya:
1 paket tepung cucur udang Adabi
100 g udang - dikupas dan dipotong kecil
1/4 cawan daun sup 
1/4 cawan daun kunyit
1 labu bawang besar - dadu
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji telur
air suam mengikut sukatan paket
Caranya :
  1. Campur kesemua bahan ke dalam mangkuk. 
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil mengacau bahan. 
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  4. Sudukan adunan ke dalam minyak dan goreng sehingga kekuningan atau masak. 
  5. Sedia untuk dimakan.

6 comments:

  1. salam umi..

    wah, bestnya menu..ngam la untuk breakfast ni..yang menarik tu sebab cucur udang adabi..mesti sedap kan..nak la skit..

    ReplyDelete
  2. Salam Bbwana,
    memang sedap pun.. amik la semangkuk..

    ReplyDelete
  3. salam siti
    petang2 macam ni kalau makan cucur udang dengan kopi mmglah best sekali...

    ReplyDelete
  4. Salam Abg Ady,
    memang sedap lebih2 lagi waktu hujan turun..nikmat Allah berikan

    ReplyDelete
  5. tunggu dramanya keluar bulan oktober atau november nih

    ReplyDelete