Thursday, November 3, 2011

Rojak Tepung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salah satu menu tertangguh dari umi sebab hari ni umi ada rawatan lanjutan di Pusrawi kerana umi telah menjalani satu pembedahan kecil pada Hari Jumaat yang lepas. pembedahan kali kedua tapi lebih kecil dari yang sebelum ni di dalam entry ini...tahun ini memang umi banyak sakit..mungkin ini bahagian umi...bagi yang sakit macam umi, kita kena redha dan yakin setiap penyakit ada penawarnya dan marilah kita bersama-sama membaca doa yang umi ambil dari Darul SyifaOnline...

Umi doakan semua yang sedang sakit sekarang supaya Allah menyembuhkan kita dan dosa2 kita Allah ampunkan..amin...Berbalik pada menu tertangguh umi tu, umi ambil resepinya dari blog CMG sebab kat sini umi boleh dapat banyak resepi kegemaran umi...alhamdulillah, keluarga umi suka makan rojak tepung ni termasuk lah ahnaf...jom kita tengok resepi dari blog CMG ni



BAHAN-BAHAN KUAH :-)
10-15 tangkai cili kering
40 g kacang tanah, goreng dan kisar halus
60 g biskut tawar, kisar halus (susah2. guna biskut cream cracker jee)
3 camca besar gula melaka
6 - 7 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN TEPUNG (CUCUR) :-)

2 cawan tepung gandum
1 camca besar (rata) yeast segera
3 camca teh gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit@pewarna kuning
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sengkuang, dihiris
Tauhu, goreng dan dihiris
Telur, rebus, goreng dan belah
Tempe, goreng dan potong
Kentang, rebus empuk, goreng dan belah
Salad, dikerat2
Ayam goreng, dipotong2 (optional)
Mee kuning, dicelur (optional)
Kangkung, dicelur (optional)
Taugeh, dicelur (optional)

Jom Cuba!


UNTUK TEPUNG (CUCUR) :-

Satukan semua bahan2 cucur, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Seperti bancuhan cekodok. Perap 1 jam, kemudian goreng seperti cekodok biasa dalam minyak panas, hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat hingga siap.

UNTUK KUAH :-
Cili kering dicuci bersih dan toskan, biar air pada lada tadi kering.Goreng dalam minyak panas hingga harum, jangan lama2 nanti hangus.Kisar lada tadi bersama bahan yang bertanda (*) hingga halus.Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar tadi hingga harum, masukkan air dan biar mendidih.Tambah kacang kisar, biskut kisar dan gula melaka.Kacau rata dan parasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit lagi gula pasir, sebab kuah rojak ni memang manis2 pedas..Masak hingga pekat sedikit.Matikan api.

UNTUK ROJAK TEPUNG :-

Cucur tadi dipotong sederhana besar, letak dalam bekas sesuai bersama bahan2 lain.Tuang kuah secukupnya dan gaul rata2.Hidangkan segera...Nikmatilah dengan sepenuh jiwa dan raga untuk mendapat kesan yang lebih sempurna....hehehehe....

No comments:

Post a Comment