Tuesday, November 8, 2011

KEK PASTRY BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? Selamat Hari Raya Aidiladha...maaf terlambat ucap...umi agak sibuk sikit 2-3 hari ni, sambil melayan anak2...ye la masa cuti ni la untuk dimanfaatkan untuk anak2 dan keluarga yang amat disayangi...aktiviti kemas rumah, masak2, main2 dan jalan2 cari pasal...eh, cari pasal?..tak la...cari ketenangan jiwa yang agak tidak tenang kebelakangan ni...

salah satu terapi jiwa lara ni, semestinya mem'baking' kek atau apa saja yang menarik hati dan minat nak mencuba...umi tertarik dengan salah satu resepi kek pastry buah-buahan dari blog CMG atau Dapur yang Tanpa Sempadan tu..kek pastry yang agak menarik dan berwarna warni...anak2 umi memang suka sesuatu yang menarik perhatian terutama yang banyak 'kaler'... cuma macam biasa, umi malas nak bubuh dalam loyang, buat dalam cup lagi senang...nama pun umi's cup cake kan? tak gitu? jawab la gitu..gitu..gitu...


untuk sesiapa yang ingin buat ikut CMG guna loyang boleh la tengok hasil tangan yang cantik di sini....resepi kek pastry ni umi ikut 'sebijik' resepi CMG, kalau nak ikut kak rima pun boleh..lupa umi nak bagi tau rasa kek ni, sedap dipadankan dengan rasa buah yang masam2 manis...jom tengok resepi kek yang sedap dan menarik ni

Jom Cuba : Kek Pastry Buah Buahan

Apa yang diperlukan?

  • 100 gram mentega, mat guna SCS
  • 150 gram gula kastor (resipi Rima, guna 180) umi ikut cik mat
  • 3 biji telur, dipukul sedikit
  • 60 ml susu cair*
  • 1 camca teh bes minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 210 gram tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder (mat guna double-acting BP)
  • 500 gram campuran buah2an segar digaul dengan 2 camca besar gula halus( strawberry, blueberry, peach, kiwi, pisang atau apa2 buahan yang kurang berair) - umi guna strawberry, blueberry dan rasberry...all berry, i like...

Jom Cuba!
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit kertas tadi pada kiri dan kanan tin. Ketepikan. umi panaskan oven dan sediakan cup cake...
  2. Putar mentega, gula dan bancuhan susu + oren sunquick hingga kembang. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + baking powder tadi, gaul rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Tabur buah2an atas permukaan adunan, jangan tekan, jika guna buah2an pelbagai warna, susun ikut kreativiti anda. Bakar 60 - 70 minit hingga kek masak. Kalau permukaan buah2an nampak perang tapi kek belum masak, tutup dengan aluminium foil dan bakar kek hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising jika suka sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba.
CATATAN MAT GEBU :- Resipi asal guna parutan kulit oren atau lemon dan juga sour cream/yogurt. Memandangkan mat tak de benda2 tu semua buat masa ni, mat ganti dengan jus bes minuman oren sunquick yang mat campurkan sekali ke dalam susu sejat sebagai ganti sour cream/yogurt....harap membantu...Terima kasih..

6 comments: