Wednesday, November 16, 2011

Homemade Chocolate Dip / Sos Coklat Buatan Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Jangan marah ya kalau umi masukkan entry berbahaya ni..maklum la semenjak Malaysia memegang rekod paling ramai yang obes, isu makanan ringan atau junk food menjadi topik hangat.. tapi jangan lupa, coklat bukan makanan ringan kalau kita tau khasiat atau manfaatnya... kita perlu mengambilnya dalam kuantiti tertentu dan pasti ramai yang akan tersenyum kalau umi nyatakan di sini, manfaat coklat yang umi dapat dari blog coklat-chocolate iaitu

1. Coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang.
2. Mencegah risiko penyakit jantung koroner dan kanser.
3. Mencegah penuaan dini yang bisa terjadi karena polusi ataupun radiasi.
4. Dapat membuat orang tenang dan membuat perasaan menjadi gembira.
5. Menurunkan tekanan darah.
6. Penelitian terbaru menunjukkan bahawa coklat mungkin juga memiliki manfaat untuk mengobati penyakit stroke.
Setelah kita mengetahui khasiat coklat, ternyata coklat sangat bermanfaat bagi kesehatan.

Mmmm..ada yang dah senyum tu, haa...kan betul coklat ni boleh buat perasaan seseorang itu menjadi gembira...ok la, umi nak kongsikan satu resepi mudah yang memerlukan hanya 2 minit untuk disiapkan dan amat sedap...boleh dijadikan sapuan roti macam yang umi buat sebelum ni KLIK SINI, topping kek atau pun makan macam tu je...(macam mana la umi nak kurus kan?)...homemade chocolate dip ini adalah pemberian dari seseorang yang berniaga kek...sedap menjilat jari, apa lagi? Cuba la...



Jom Cuba : Homemade Chocolate Dip

Apa yang diperlukan?

  • 1/2 tin kecil susu pekat manis
  • 250ml whipping cream
  • 1 1/2 cawan koko
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar mentega
Jom Cuba!

  1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk.
  2. Kacau sehingga semua bahan sebati. Siap. Sedia untuk dimakan dan digunakan.

4 comments:

  1. salam kenal Siti...akak nk tanya coklat tu xyah masak ke? berapa lama blh tahan?

    ReplyDelete
  2. salam kenal kak liza, coklat tu tak yah masak, siti tak tau la tahan berapa lama sebab cepat sangat habis..tak dan 2 hari pun..kalau nak lama, masuk peti boleh rasanya

    ReplyDelete
  3. ooo...cam tu ek...nak try wat gak la nnti..tq..sudi share resepi

    ReplyDelete
  4. a'ah macam tu je intan, tapi umi rasa kalau nak masak kan sikit suam2, boleh juga...tapi umi tak pernah cuba lagi la...

    ReplyDelete