Tuesday, May 24, 2011

Koay Teow Kantonis


Assalamualaikum dan selamat tengahari

Makan apa tengahari ni? umi bawa bekal koay teow kantonis...satu satu resepi yang mengenyangkan dan mudah untuk dicuba...terutama kelainan resepi ini kerana terdapat penggunaan minyak bijan yang memberikan aroma dan rasa yang lain sedikit dari masakan melayu selalu umi makan...sesuai untuk sesiapa yang ada anak sebaya nazirah yang tidak makan pedas, untuk sesiapa yang suka pedas boleh tambah cili padi atau makan dengan lada jeruk...mertua lalu pun tak perasan..yela lalu kat belakang, mana ada mata di belakang kan?..resepi ini umi ambil dari Buku koleksi Rasa : Mahir Memasak Langkah Demi Langkah yang mengandungi 140 resepi masakan lama & baru...pelbagai menu dari apetiser, lauk pauk & sayuran, aneka mi & nasi, kuih muih melayu, puding & pengat, kek & roti...eh...macam promote buku plakkan?...jom kita jenguk resepi ni

Jom Cuba : Koay Teow Kantonis

Apa yang diperlukan?

  • 160 gram kaoy teow (ditumis dengan minyak bijan)
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil kicap masin
  • 1/2 sudu kecil perasa ayam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • 20 gram sawi
  • 10 gram lobak merah
  • 10 gram jagung muda (umi tak ada stok)
  • 10 gram cendawan shitake - direndam dgn air panas selama 1/2 jam (umi ganti dgn cendawan tiram)
  • 1 biji telur
  • 10 gram ayam, sotong dan udang - dihiris
  • 5 gram daun bawang - untuk hiasan
  • Bawang goreng- untuk hiasan

Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Selepas itu, masukkan air dan sos tiram.
  3. Masukkan pula kicap masin, lada sulah, minyak bijan dan perasa ayam. Biarkan didih.
  4. Kemudian masukkan pula sawi, lobak merah, jagung muda dan cendawan shitake yang telah dipotong tadi. Biar separuh masak. Tambah air jika perlu.
  5. Selepas itu, masukkan pula hirisan ayam, sotong dan udang. Biar masak.
  6. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Bila kuah sudah didih, pecahkan telur ke dalam kuah. Kacau sebentar.
  8. Akhir sekali, tuang kuah ke koay teow yang telah diletakkan di atas pinggan. Hias la dengan daun bawang dan bawang goreng. Sesuai dimakan panas2.

No comments:

Post a Comment