Tuesday, May 24, 2011

Almond Carrot Cupcake


kek cawan karot ini umi buat untuk kawan opis umi...ini merupakan salah satu kek kegemaran kawan umi...seronok bila dia seronok dapat makan dan dia kata sedap..resepi ni adalah satu resepi yang umi dapat masa masuk kelas belajar 5 jenis kek cawan di Bake Well di Taman Seri Gombak tu...ni je la satu2 kelas yang umi pergi pun...ok..jom tengok resepi....

Jom Cuba : Almond Carrot Cupcake

Apa yang diperlukan?

Bahan A
  • 225 gram butter (dicairkan)
  • 210 gram gula castor
  • 4 biji telur gred A

Bahan B
  • 200 gram carrot (disagat halus dan disangai untuk betul2 kering)
  • 50 gram badam kisar
  • 50 gram kelapa kering (optional)

Bahan C
  • 200 gram tepung superfine
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

Cream Cheese Topping
  • 360 gram cream cheese
  • 70 gram butter
  • 200 gram gula icing

Jom Cuba!

  1. Cairkan butter. Apabila butter telah suam2 kuku, masukkan bahan A yang lain. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan Bahan B, gaul sebati.
  3. Masukkan pula Bahan C. Kacau sehingga sebati.
  4. Isikan separuh dalam acuan atau cup.
  5. Bakar suhu 180 darjah selama 25 minit.

Cara untuk topping
  1. Putar cream cheese dan butter sehingga gebu.
  2. Masukkan pula gula icing, gaul sebati.

No comments:

Post a Comment