Friday, December 26, 2014

Nasi Lemak Kangkung

 Assalamualaikum dan selamat pagi
Sarapan apa pagi ini? meh la makan nasi lemak kangkung...semalam umi baru balik dari kampung suami ..tapi nasi lemak ini umi masak untuk bekalan semasa nak balik ke kampung... kira bekalan la... lagi seronok dan lagi jimat... walaupun ramai kata makan nasi lemak ini akan mengantuk bila memandu.. ia tetap menjadi pilihan bila bersarapan...umi gandingkan nasi lemak ini dengan sayur kangkung celur, timun, ayam goreng, telur rebus dan sambal udang tumis...alhamdulillah...
ini la rupanya sambal tumis tu... selera betul kami makan..dengan lagi2 dapat ikan bilis yang garing molek..umi suka makan ikan bilis yang garing bila makan nasi lemak...memang ummph la
bagi adik2 yang baru belajar ke dapur atau orang bujang yang nak belajar masak nasi lemak...meh la cuba resepi yang asas ini dulu...

Nasi Lemak Kangkung
oleh : umi's cup cake


Bahan untuk nasi:
4 gelas Beras basmati (cuci dan rendam dalam 20 minit)
1 Kotak Santan
1 inci halia
1 biji bawang merah
1 kiub ikan bilis (hancurkan)
Daun Pandan

Cara masak nasi:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik dan masak nasi seperti biasa.

Sementara tunggu nasi masak, umi rebus telur, celur kangkung, goreng ikan bilis dan kacang tanah. Untuk sambal tumis udang, umi tiada resepi khusus tapi resepi dari mas duniaku ini, lebih kurang dengan cara umi masak...

Resepi :Sambal Tumis Udang
Oleh ; Mas Duniaku

Bahan:
A
3 ulas bawang besaq (lebih pun tak pa)
5 ulas bawang merah (lebih pun tak pa)

B:
3 sudu besaq cili bo (saya tak kosa nak rebuih cabai kering pastu nak mesin plak..tak kosa)
Tips: saya guna cili bo cap Maz (bukan sebab senior vice presiden saya nama kak Mas yea..tapi sebab saya TERDENGAR perbualan tokey-tokey kedai nasik lemak masa saya tengah beli barang runcit. Depa kata cili bo cap Maz ni merah dia cantik. Maka saya pun beli.

C:
Asam jawa (sebesar teloq kuning gred A - rendam angan ayaq)

D:
1 camca besar gula
1 camca teh garam

(tak cukup tambah laa)

E
Udang

Cara:
1. Hiris bawang. Tak yah nak buat rajin nak guna blender.
2. Tomih bawang. Minyak banyak sket pun tak pa. Biaq layu sket
3. Boh cili bo
4. Tutup kuali. Kacau sekali sekali sampai bawang hancur. Api slow. Memang lama sket...klu boring, sila layan FB
5. Bila bawang dah hancoq, boh la ayaq asam. Kacau lagi sampai pecah minyak
6. Boh perasa. Boh udang. Siappppp

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Monday, December 15, 2014

Mee Jawa..oh..Mee Jawa

Assalamualaikum dan selamat pagi
Sekejap je dah pertengahan bulan Disember.. cepat betul masa berlalu.. Ya Allah semoga manfaat umurku ini... sarapan apa pagi ini? umi macam orang mengidam plak..terbayang mee jawa kak yati...minggu lepas... tapi nak post.. asyik tergendala je.. jadi hari ni..gagahkan juga untuk update...

siapa yang tak kenal kak yati yang pandai buat kuih2 tradisional dan masakan sedap2.. seorang ibu yang rajin dan manis ornagnya... ish..tak payah la cerita panjang ye.. meh kita semak semula resepi kak yati bagi yang nak mencuba..nampak macam banyak tapi sebenarnya amat mudah dan ringkas.. kita nak makan sedapkan?


Resepi : Mee Jawa Sedap
Oleh :- Kak Yati Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan ekornya dan celur sekejap je..)
  • 2 tangkai daun bawang/ daun sup (dihiris)
  • 4 tangkai cili merah/hijau (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:  

  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar halus)
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 batang serai * (bhn bertanda * di kisar halus)
  • Sedikit halia *
  • sedikit lengkuas *
  • 100 gm udang kering
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • air secukupnya ikut kepekatan yg di kehendaki
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang di kisar, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek kisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn mee yg telah di celur dan bahan yg dihiris.
  5. Tuangkan kuah ke atas mee dan selamat menjamu selera.

Friday, December 12, 2014

Kacang Tanah Goreng Bawang Putih Harimau Malaya

Alhamdulillah..rezeki Harimau Malaya untuk menang 4 -2 Vietnam malam tadi... permainan yang amat mendebarkan dan mengecutkan perut umi... debaran paling kuat bila minit2 akhir... lagi la tak senang duduk..harap Harimau Malaya dapat meningkatkan lagi... Sekalung Tahniah diucapkan.... walaupun berdebar.. tangan umi dan suami serta anak tak pulak berhenti mengunyah... umi makan apa? ha..meh nak bagitau... umi goreng kacang tanah dengan bawang putih...

resepi plak umi hentam je..tapi alhamdulillah sedap dan habis sebekas..hihi...laju je masuk ke mulut... suami umi mintak buat lagi..untuk kudapan masa naik kereta ke..tengok tv ke..memang layan..macam tengok wayang pun ye jugak...memang tak rugi...

Resepi ;- Kacang Tanah Goreng Bawang Putih Harimau Malaya
Oleh ;- umi's cup cake

Bahannya;-
300gram kacang tanah tanpa kulit
10 ulas bawang putih 
1 sudu besar gula
1 kiub ikan bilis
Air secukupnya
minyak untuk mengoreng
1 gengam ikan bilis
3 ulas bawang putih - hiris nipis

Caranya:-
1. Kisar 10 ulas bawang putih bersama gula dan air secukupnya.
2. Kemudian peram bahan yang dikisar bersama kacang tanah dan kiub ikan bilis sekurang2nya 30 minit. (seperti gambar)
3. sambil menunggu kacang diperap, panaskan minyak dan goreng ikan bilis dan bawang putih hiris secara berasingan.
4. Kemudian goreng kacang sehingga masak.
5. Gaul mesra semua kacang, ikan bilis dan bawang putih yang telah digoreng
6.Sedia untuk dihidang..

Wednesday, December 10, 2014

Daging Masak Merah Ala Thai Jeezy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Antara makanan kegemaran umi kalau makan2 di luar adalah nasi goreng USA dan nasi goreng cili padi.. tapi nasi goreng USA yang umi suka jika digandingkan dengan daging masak merah... kebetulan ada stok daging di rumah..umi pun masak la daging masak merah ala thai ini..versi Jeezy di Myresepi..terima kasih sebab suka berkongsi..amat bermanfaat bagi umi...

tapi bila umi masak sendiri..hampir apa yang ada di dapur tu..umi tambah sesuka hati..ampun ya.. jadi yang umi masak ni meriah sikit..haha... tak rugi mencuba resepi dari Jeezy ni..ramai juga dah mencuba jadi memang sedap dan ringkas... kali ini umi plak yang panjang2kan resepi ini..semoga bermanfaat...


Resepi : Daging Masak Merah Ala Thai
oleh : Jeezy 
Dicuba oleh ;- umi's cup cake

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

Thursday, December 4, 2014

Lai..lai...lai..minum lai chi kang..memang puas hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah..dah lama teringin ank buat sendiri air lai chi kang ni..baru kali ini lepas hajat nak buat... memang puas hati sebab boleh minum banyak kali... dan ikut suka nak letak bahan yang kita suka... SENYUM..TAK PERLU KATA APA2.... ada banyak versi resepi yang umi jumpa..dah setealh semak semua resepi tu..umi gabungkan mana yang boleh ikut bahan yang umi ada di dapur kecil umi tu... suami umi suka sangat nak minta buat lagi..lebih2 lagi bila mnum hangat2 tu..sehangat cintaku..cewah...

Sebenarnya bahan2 dalam lai chi kang ini boleh diperlbagaikan ikut citarasa dan bahan2nya mudah dicari di kedai ubat cina. Untuk panduan umi pada masa hadapan, umi masukkan cara dan bahan2 yang umi gunakan...bagi yang belum mencuba..meh la cuba..mesti puas hati...

Lai Chi Kang
oleh : umi dan rujukan dari internet

Bahannya:-
    • Gula batu
    • Biji selasih - umi beli kat tesco..x payah rendam
    • Buah kembang semangkuk - rendam dahulu sehingga kembang dalam air panas
    • Buah pala
    • Kacang
    • Kurma merah kering
    • tanah tanpa kulit goreng
    • Nata de coco
    • Kulat putih (white fungus) - rendam lebih kurang 2 jam dan racik kecil
    • Barli - rebus sehingga lembut
    • Buah laici atau longan
    • Gula kundur
    • Kismis

    Caranya:-
    1. Mula2  rebus buah kurma merah kering bersama-sama daun pandan.
    2. Masukkan gula batu. Apabila gula batu dah larut,perlahankan api. 
    3. Masukkan white fungus,selasih dan buah kembang semangkuk dalam periuk tu.
    4. Kacau la sampai sebati.Padamkan api.
    Cara Hidang;-
    Masukkan bahan yang telah direbus dalam mangkuk. Campurkan buah pala, kacang tanah, nata de coco, barli, gula kundur dan kismis. enak diminum hangat atau sejuk.

      Monday, December 1, 2014

      Is 'Ketam' Bola Masak Cili

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera
      Dah sampai kita ke bulan Disember..bulan terakhir untuk setiap tahun masihi... tak lama lagi kita akan sampai ke Tahun 2015...banyak kisah suka duka dalam tahun ni untuk memberikan pengajaran dan pengalaman dalam hidup sementara ini..Harap ada juga memberi manfaat kepada semua.. 

      resepi ketam bercili ni umi ambil dari erneiyusnida...sebab teringin nak makan... nak minta ibu masakkan..ibu jauh nun di Johor...sebenarnya rindu pada masakan ibu yang buat hati sentiasa gembira..maklumlah masakan penuh kasih sayang...ok la, tak yah cerita panjang...meh semak apa yang perlu disediakan...

      Resipi Chili Crab Ala Chef Wan
      Oleh ;- erneiyusnida


      Bahan;


      4 ekor ketam (dibersihkan dan dipotong 2)

      1 biji telur

      1/4 sudu teh garam

      1 susu teh lada sulah

      1 sudu besar tepung jagung

       

       Cara:

      1. Panaskan minyak. 

      2. Satukan telur, garam dan lada sulah. gaul rata.

      3. Celupkan ketam pada campuran telur

      4. Taburkan ketam dengan tepung jagung.

      5. Goreng sehingga masak. Angkat dan toskan. (Jangan terlalu lama bila memasak seafood )


      Bahan sos


      Bahan A (untuk dikisar halus)

      6 ulas bawang merah

      6 ulas bawang putih

      5-6 tangkai cili merah

      3 sudu chili kering yang sudah dikisar / 1 1/2 sudu chili powder

      1/2 inci halia

      sedikit air untuk mengisar

       

      Bahan B


      3 sudu besar chili sauce

      2 sudu besar gula

      2 sudu besar cuka

      1 biji telur

      2 biji tomato (dikisar halus) / setengah mangkuk tomato puree

      garam secukup rasa

         
      Cara-cara membuat sos;

      1. Panaskan 3 sudu minyak masak. Tumiskan bahan A hingga naik minyak.

      2. Masukkan tomato yang kisar. renihkan 5 minit.

      3. Masukkan chili sauce, gula, cuka, garam. Masakkan hingga agak kering mengikut kepekatan yang kita kehendaki. Jika terlalu kering tambahkan air. Rasa!

      4. Masukkan ketam yang dah digoreng tadi. Kacau rata.

      5. Masukkan telur. tutup api. kacau laju-laju... tak mau jadi omellete!!!..hihihi. ;)