Monday, November 24, 2014

Poach Egg yang mengiurkan

Siapa yang pernah makan atau buat? Ada sahabat umi yang kata ini namanya roti goyang..tak kisah la apa pun namanya tapi memang umi suka makan..kali pertama buat itu pun sebab tengok ada jiran yang mengoda dalam instagram..terus rasa nak buat..umi pun usahakan google resepinya... kurang paham baca resepi..umi pun tengok kat youtube...oooo...macam tu..baru paham...ok la.. tak nak cerita banyak..meh cuba sarapan omputih ni..hihi..omputih la sangat kan?

Resepi : Poach Egg

Bahannya;-
2 biji telur
1/4 periuk air
1 sudu besar cuka
secubit garam

Sampingan;-
Roti secukupnya
Mentega secukupnya

Caranya ;-
  1. Sapu roti dengan mentega dan bakar. 
  2. Panaskan air di dalam periuk sehingga separa mendidih. 
  3. Masukkan cuka dan garam ke dalam air. 
  4. Pecahkan telur di dalam mangkuk. 
  5. Kacau air yang separa mendidih satu arah sahaja dengan laju. 
  6. Tuang segera telur di tengah2 pusaran dengan perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah. 
  7. Biarkan sehinga telur masak dalam 3-5 minit dan angkat. 
  8. Letakkan di atas roti yang telah dibakar tadi.

2 comments:

  1. assaalamm siti, nampak mcm senang je kan tapi susah nak jadi macam siti ni, nanti akak nak try jugak mesti anak-anak suka

    ReplyDelete
  2. Waalaikumslm kak noor..in sha Allah..kak noor mesti blh buat...bukan anak2 je suka kak noor..siti pun suka sgt..hihi

    ReplyDelete