Tuesday, April 1, 2014

Biskut Masin Cheese Lapis



Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ini sudah hari yang ke 25, pesawat MH370 hilang... hati meruntum untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku..bukan mudah untuk ahli keluarga serta sanak saudara menghadapi.. seluruh rakyat terasa akan kehilangan ini... hanya doa mampu dikirimkan agar segala persoalan terungkai.. selagi bukti belum ditemui..selagi itu, hati mengharap...

Doa Hilang Barang

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah. - kredit kepada blog http://ikhwanzhaki.blogspot.com... untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini

berbalik kepada resepi hari ini sebenarnya telah lama dalam simpanan umi tapi baru buat hari Ahad yang lepas... resepi mudah hasil perkongsian Cara mudah buat kek yang di kongsikan pada 22 Feb lepas... bagi pengemar cheese, resepi ini mesti dicuba..sangat mudah dan kepuasan dalam setiap suapan...in sha Allah terasa cheesenya... nikmati rasa sejuk dan nyaman hingga ke suapan terakhir.. jadi, tunggu apa lagi..meh la cuba...

Resepi : Biskut Masin Cheese Lapis

Bahan2nya:
A
250g cream cheese
1/2 tin / 250g susu pekat

B
1 paket biskut masin (saya guna Golden cracker Julie's)

C
Oat / nestum
# saya guna dua2 sekali (Quacker oat with cereal)

Biskut Oreo hancur secukupnya - umi tambah

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang false bottom pan segiempat bersaiz 8 inci, supaya mudah untuk keluarkan dari acuan nanti. Alaskan dasar loyang dengan plastic wraper.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Ketepikan.

3. Susun biskut dengan kemas dalam loyang.


4. Sapukan rata adunan cheese sedikit atas biskut yang disusun tadi. Taburkan dengan bahan C.

5. Ulang semua proses tadi hingga biskut & bahan C sehingga adunan cheese habis. Tutup dan sejukkan 1-3 jam atau semalaman baru dipotong.


8 comments:

  1. salam umi..

    sya dah try buat dan memang suka makan..sedap..apalagi kalau makan yang telah disejukkan..yummy..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak umi..
    biskut masin lapis cheese ni mmg sedap..kalo di tambah dgn salted karamel pun heaven gak..hehe..kak umi ada resepi kek chocomello tak?teringin nak cuba kek tu..kalo ada & x keberatan,hrp dpt share ya..tq~ :)

    -Aisyah-

    ReplyDelete
  3. waalikumsalam aisyah..
    maaf baru berkesempaatn membaca komen..aisyah nak resepi kek chocomello ya..nanti akak usahakan ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak..harap x menyusahkan kak umi ya.. :)

      -Aisyah-

      Delete