Tuesday, February 25, 2014

Jempu-jemput Cream Cracker

Assalamualaikum dan selamat pagi
Sekarang ini tengah hangat pasal isu air di mana2... terutama bagi warga selangor macam umi ni.. dah kena tadah air untuk penjimatan.. ye la, bila rumah kita ada anak2 kecil.. memang kena simpan air.. abg Ben pun ada juga bincang pasal isu ini di sini.. Harap kita semua bersabar dan mohon doa banyak2 agar Allah turunkan hujan rahmat kepada kita...
Hari ini umi nak panjang2kan resepi cekodok atau jemput2...tapi resepi ini menggunakan biskut cream cracker sebagai bahan utama...tiada sukatan tertentu...hanya sukatan secukup rasa nak letak berapa banyak.. ini adalah sukatan yang umi gunakan... perkongsian ini adalah dari jiran umi... asalnya di panggil jemput2 sayur tapi ubah namanya untuk membezakan bahan yang digunakan sebagi rujukan di masa akan datang...selamat mencuba...

Resepi : Jemput-jemput Cream Cracker
Oleh : Kak Ngah Sri Gombak

Bahannya;-
  • 10 keping biskut cream cracker (direndam sehingga lembut)
  • 1 biji bawang besar (didadu kecil)
  • 2 gengam ikan bilis
  • Suku bulat kubis bulat (hiris nipis)
  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit cili pes untuk warna
  • garam, gula dan lada sulah secukup rasa
  • Air secukupnya

Caranya;-
  1. Campur semua bahan kecuali tepung gandum sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga keperkatan yang dikehandaki.
  4. Panaskan kuali dan minyak.
  5. Goreng sehingga kekuningan dan masak.
  6. Sedia untuk dimakan. Sedap di makan begitu sahaja atau sos kegemaran.

15 comments:

  1. salam umi..

    menariknya jemput2 tu kan..mesti sedap kan rasanya..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan..

    Akak suka singgah dan baca blog ni coz byk resepi yg best..:-)

    Jom singgah blog akak if sudi..

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan..

    Akak suka singgah dan baca blog ni coz byk resepi yg best..:-)

    Jom singgah blog akak if sudi..

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan..

    Akak suka singgah dan baca blog ni coz byk resepi yg best..:-)

    Jom singgah blog akak if sudi..

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan kak Norma..
    Terima kasih sbb sudi singgah..nanti umi singgah blog akak ya...

    ReplyDelete
  6. idea mnarik ne ummi..klu biskut x hbis leh buat..tq resepi.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Umi...good idea..sesekali ubah selera best juga kan..taklah asyikkk cekodok tepung gandum sahaja kan....

    ReplyDelete
  8. Salam sue...pelbagai resepi walaupun cucur

    ReplyDelete