Wednesday, June 5, 2013

Selamat Pengantin Baru Kak Chik (Azizah) dan Abg M Murali

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah.. tertunailah hasrat hati nak upload gambar sempena Majlis Perkahwinan sepupu umi di Kuantan pada 1hb Jun 2013... Meraikan cinta antara Pn. Azizah Onn (sepupu umi) dan pasangannya M Murali Abdullah.. semoga ikatan cinta ini terus mekar hingga ke syurga...
Percintaan selama 12 tahun akhirnya tersemi pada pertengahan 2013 ini... seronok kami sekeluarga... berseri wajah pengantin...buat Abang M Murali selamat datang ke keluarga kecil kami...
Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bersama Mak long dan sepupu dari Muar
Ini pula Mak Su dan Kak Zaiton

Bersama ahli Keluarga Abg M Murali

Tak lupa juga gelagat anak2 saudara umi



Ad, adik bongsu pegantin

Mak Awa, Mak pengantin perempuan

Hai.. Mr Keyaan dah sampai...
Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

5 comments:

  1. selamat pengantin baru buat pasangan pengantin..

    ReplyDelete
  2. Assllamualaikum Umi..

    Wahhh..pergi kenduri kahwin yer.. Cuti2 sekolah ni mmg bnyk org yg melangsungkan perkahwinan kan.. Tahniah kepada pasangan pengantin. Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan diberkati Allah..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumslm nadz,
    memang byk sangat undangan tapi rasa bersalah pulak tak dapat pergi..

    ReplyDelete