Thursday, January 17, 2013

RESEPI IKAN GORENG SOS

Assalamualaikum dan selamat tengahari
 Apa khabar semua? Masak apa untuk tengahari ini? Special ke simple? Umi masak yang simple je... atas permintaan anak2...nazirah nak makan ikan goreng tapi kuah 'sup' tak nak pedas ya... nazirah dan ahnaf, bagi diaorang apa sahaja kuah di panggil sup...kalau memang sup, tak pe la...tapi asam pedas pun dipanggil sup...yang penting, umi paham dan anak2 umi makan...
Umi pun google la resepi yang mudah dan memenuhi kriteria yang anak2 minta...dalam duk pilih2... umi berkenan dengan resepi yang dikongsi oleh Hana senang dan  rasanya anak2 umi pasti suka...umi lebih suka...ok la untuk tak membuang masa, umi kongsikan semula resepi ikan goreng sos ini, cuma atas permintaan....umi tak la curahkan kuah di atas ikan...

RESEPI IKAN GORENG SOS
source : http://hanamemories.blogspot.com/2011/03/ikan-goreng-sos.html

Bahan-bahan
Bahan Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuai digoreng
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
Bahan Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu - umi tak letak
  • tomato atau timun - potong dadu
  • sedikit air nenas - umi tak letak
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu - umi tak letak
  • garam dan gula
  • daun ketumbar@daun sup - utk tabur - umi tak letak
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Taburkan daun ketumbar/daun sup dan hidangkan.




5 comments:

  1. waduh sedapnya nampak ikan dan sos tu nanti akak pun nak copy resepi sos tu ya makan panas2 mmg terangkat ni Umi kan

    ReplyDelete
  2. salam syg ummi,
    zila klu ikn goreng cicah sambal kicap jew..x pernah lg buat pencicah camtue..aiishhh kecur liur nie:)

    ReplyDelete
  3. Kak nooriah,
    ish kalau makan dengan nasi panas2...sure orang lalu pun tak perasan...salin la..memang nak kongsi

    ReplyDelete
  4. Salam Zila Sayang,
    umi pun suka sambal kicap yang pedas tapi anak2 umi x makan pedas..sos ni la sesuai..

    ReplyDelete