Monday, January 21, 2013

Cheezy Carrot Cake Chef Amer, Tahniah Zila & Happy Birthday Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Harap2 jangan la monday blues ya... semoga semuanya ceria dan bahagia... sebut pasal bahagia, umi nak ucapkan tahniah kepada sahabat umi, zila yang telah disahkan mengandung... seronok bila dengar zila mengandung setelah sekian lama..Alhamdulillah rezeki Allah berikan...Zila ni rajin orangnya dan hasil sentuhan kreatifnya membuatkan semua gambar di blog nampak menarik dan yang melihat pasti tertarik...
Umi juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ibu umi, Pn. Zaitun Yusof pada 19hb Januari yang lepas...Maaf ya ibu sebab siti tak dapat balik meraikan tapi siti dan semua adik2 harap ibu gembira dengan hadiah dari kami...We all love ibu so much...
ok la berbalik kepada resepi Cheezy Carrot Cake Chef Amer ini adalah permintaan salah seorang sahabat umi di facebook iaitu MazniHaznira Mohd Nasir... jadi umi harap Mazni berpuas hati atas perkongsiann ini...suami umi yang kurang gemar makan carrot kek pun tak cukup sepotong makan kek karot ini...
Resepi : Cheezy Carrot Cake Chef Amer
Oleh ; Chef Amer

Bahan Kek
240 gm Gula
180 gm Minyak Jagung
2 biji Telur Gred A
200 gm Tepung Kek - diayak
8 gm Bicarbonate Soda - diayak
3 gm Cinnamon - diayak
250 gm Lobak Merah - diparut
150 gm Nenas Tin - dicincang
80 gm Jus Nenas Tin
100 gm Walnut _ dipanggang dan dicincang
40 gm Hawaiian Coconut Flakes

Caranya:-
Putar gula & telur sehingga kembang, masukkan minyak. Putar lagi.
Masukkan campuran tepung, gaul sebati.
Masukkan lobak merah, nenas, jus nenas, walnut & coconut, gaul sebati.
Masukkan ke dalam tin bulat 8 inci & bakar pada suhu 175 darjah selama 90 minit.

Bahan Aising
150 gm Krim Keju
30 gm Mentega Tanpa Garam
60 gm Gula Aising
3 gm Vanilla
3 gm Lemon Paste

Bahan Hiasan
5 biji Aprikot kering - dipotong kecil - umi tak letak
20 gm Toasted Coconut- umi tak letak
1/4 buku cheese cheddar - diparut halus

Caranya:-
Pukul krim keju & gula aising sehingga kembang
Masukkan mentega, vanilla dan lemon paste. Pukul lagi sehingga kembang & sebati.
Ratakan atas kek & taburkan campuran apricot. -umi cuma ratakan dan tabur cheese cheedar.

12 comments:

  1. Cheezy Carrot Cake tu mmg nampak sedap.teringinnya....

    ReplyDelete
  2. Inazamri, cuba la..senang je...sedap sangat

    ReplyDelete
  3. tq krn sudi share ye.... nampak dah cukup rasa sedapnyer.... insyaALLAH, ada kelapangan nanti, nak cuba la....

    ReplyDelete
  4. Sharing kan caring...nanti tunjukkan gambar dah buat ya...

    ReplyDelete
  5. as-salam
    wahhh!!! dah pandai buat kek Carrot Cake siti..mmg npk sedpa kek carrot tu..nak sikit!!

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam abg ady,
    meh la datang kl..ct bagi sebuku..bukan skit je

    ReplyDelete
  7. Slm umi..
    Maaf agak trlewat kemari..smalam bercuti..amik rport kad ank..tu yg x trjengh blog kkwan...wahhh mcm kek skrg nie kan..smunya sedap2..zila amik resepinya yer..nnt2zila nk cuba la..tringin nk mkn kek carrot..tq jhk atas ucapan tue..dn hppy belated bthdy buat ibu ummi tu yer..smoga dpnjgkn umur..dn sntiasa shat..aminnn

    ReplyDelete
  8. Nak kekkk..wahh kak zila preggy..tahniah..

    ReplyDelete
  9. salam zila,
    ambil la resepi nya nnt post gambar yg cantik ya

    ReplyDelete
  10. izah, kek awak lagi nampak sedap dan menarik...nak kek meh la dtg gombakb

    ReplyDelete