Assalamualaikum dan selamat pagi
Pernah makan ayam pulut kukus? umi pun tak pernah dan ini kali pertama umi makan... sedap rasanya kalau beras pulut dimasak macam ini... tak puas umi dan anak2 makan... umi dan anak2 je? suami umi? suami umi out station, jadi umi pun masak yang ringkas dan yang penting anak2 umi kenyang serta suka...banyak betul mereka makan...lebih2 lagi sebab tak pedas...
Umi ambil resepi ni dari si cantik diana (Sky Blue Kitchen)... nampak senang dan ada step by stepnya...mudah dan cepat disediakan...seronok umi tengok anak2 umi berselera...umi juga ada lauk sampingan iaitu
Ayam pedas dan shark's fin sup yang ready made sebagai menu sampingan..mmmm, yummy
Oleh : Diana Sky's Blue Kitchen
Bahan
1 keping peha ayam - d potong kecil
1 cawan beras pulut -d cuci dan toskan
2 keping cendawan shitake kering _ d rendam dalam air panas dan d hiris nipis
1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ d rendam dalam air panas dan d hiris halus
2 inci halia _ d bersihkan dan d tumbuk kasar bersama kulitnya.
3 ulas bawang putih _ d cincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit Garam
Bahan A
2 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp kicap cair Loon Kee
3 1/2 tbsp minyak bijan
1 tsp perencah pati ayam Tumix
1/3 cawan air
- Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih.. Ketepikan.
- Panaskan minyak bijan d dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
- Masukkan kedua² jenis cendawan dan goreng seketika.
- Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Goreng 1-2 minit.
- Tambahkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.
- Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
- Pindahkan ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ).
- Boleh kukus menggunakan dapur biasa yer ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut ).. Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.
Salam ummi
ReplyDeleteBiasa tgk mknan nie.sbb member office org cina rajin tapau mknan camne. Nmpk sdap la..kecurrr
Salam Zila Sayang,
ReplyDeleteooo ye ke zila..umi tak biasa tapi akan biasakan sebab sedap